UniMap bina motosikal 250cc dengan bantuan Modenas - cadang jual bawah RM15k

oleh HEZERI SAMSURI|
Universiti Malaysia Perlis merancang untuk mengkomersilkan prototaip motosikal yang mereka hasilkan ini untuk dijual kepada pasaran tempatan.

Menurut Prof Madya Dr Shahriman Abu Bakar, Pengarah Bahagian Automotif dan Sukan Permotoran di bawah Unit Penyelidikan Sukan Permotoran Unimap (MOTECH), pihak universiti menggunakan tenaga pelajar dan pendidik untuk membina motosikal konsep tersebut.

“Pihak universiti mendapat bantuan teknikal dari Modenas dalam projek ini,” ujar Shahriman.

Enjin 250 cc yang digunakan oleh prototaip itu diberikan oleh Modenas sementara kerangka dan lainnya dihasilkan oleh Unimap sendiri dengan bantuan teknikal Modenas.

“Kami juga sedang belajar dari pihak teknikal dan homologasi JPJ untuk mengetahui cara-cara bagaimana motosikal ini boleh dijual ke orang awam,” sambung Shahriman.

Berkenaan harga, Shahriman berkata sasaran harga ialah di bawah RM10,000 untuk model 125 cc dan di bawah RM15,000 untuk enjin 250 cc.

“Konsep kami ialah seperti Royal Enfield - lasak tetapi tampan,” terang Shahriman, anak kelahiran Perlis yang menuntut di MRSM Beseri sebelum ke Jepun untuk mendapatkan ijazah beliau dalam jurusan kejuruteraan.

Pihak Unimap juga ingin membuka peluang kepada rakyat malaysia yang mahu menyambungkan pendidikan dalam peringkat Masters untuk menghubungi pihak universiti.

“Kami boleh tawarkan biasiswa untuk mereka yang berminat membuat Masters di dalam kajian pembaikan sistem enjin melalui simulasi dan eksperimen,” maklum Shahriman (gambar di atas).

Mereka yang berminat boleh menghantar email kepada Shahriman di [email protected]

Pada masa yang sama, Pengarah Automotif JPJ, Datuk Ir Muhammad Dalib dikatakan menerima anugerah Adjunct Professor oleh pihak Unimap.

Muhammad terkenal kerana program radio beliau di stesen IKIM syabas kepada beliau kerana mahu mendidik rakyat mengenai hal-ehwal automotif.

Untuk mereka yang berada di Lembah Kelang, team UniMap dan motosikal mereka berada di pameran NICE (National Innovation & Creative Economy) 2017 di Technology Park, Bukit Jalil bermula dari 12 hingga 16 Oktober.

Syabas kepada Unimap kerana mahu memberi latihan praktikal dan juga mahu mengkomersilkan produk seperti sebuah motosikal dan juga tahniah kepada Modenas kerana membantu universiti seperti UniMap.

Add new comment

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Assalamualaikum dan Salam Ma'al Hijrah untuk semua. Sempena tahun baharu ini, harapnya kita ada…