Undi nama SUV pertama Proton dan menangi hadiah bernilai RM100,000

oleh SALINA JALIL|
Proton telah melancarkan undian secara online bagi memilih nama yang sesuai untuk SUV pertama Proton. Undian ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan boleh dilayari menerusi laman rasmi Facebook Proton.

Seramai lima orang pemenang bakal menerima hadiah bernilai lebih RM100,000. Selain itu, para pemenang juga bakal menerima jemputan khas VIP ke majlis pelancaran SUV itu selain berpeluang menjadi orang pertama memandu uji SUV baru itu di litar ujian Proton bertempat di Shah Alam.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Orang ramai juga turut berpeluang menamakan sendiri model SUV terbaru itu. Hanya seorang pemenang bertuah sahaja yang bakal dipilih berdasarkan kreativiti penamaan dan bakal menerima hadiah percutian khas untuk dua orang selama empat hari tiga malam ke Hangzhou dan Shanghai. Percutian itu juga termasuklah lawatan ekslusif ke Ibu Pejabat Geely di sana.

 

SUV pertama Proton ini merupakan model pertama yang dibangunkan dengan kerjasama dari Geely. SUV segmen C ini bakal menampilkan ciri-ciri mewah yang biasanya ada pada SUV kelas premium disamping ciri-ciri keselamatan aktif, pasif dan kognitif.

 

SUV ini dijangka bakal menjadi antara produk yang menaikkan kembali nama Proton dalam masa beberapa tahun akan datang.

 

Tarikh tutup penyertaan ialah 30 April 2018 jam 11.59 malam. Para pemenang akan diumumkan pada tarikh yang akan diberitahu sebelum majlis pelancaran SUV itu kelak.

Tags

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Dalam usaha pengembangan keupayaan pemasangan cermin gelap sendiri, kemudahan baharu itu mampu…
Berita Domestik
Pengadaptasian tenaga hijau tersebut yang telah dilancarkan dua tahun lalu telah membolehkan PROTON…