Careta dimaklumkan lebih 2,800 unit Toyota Corolla Altis dan 500 unit Lexus NX serta Lexus RX dikhuatiri mengalami masalah sedemikian.
(Dari kiri; Lexus NX, Toyota Corolla Altis dan Lexus RX)
Kebanyakan model-model bermasalah adalah keluaran dari Jun 2015 hingga Januari 2016.
Menurut UMWT, masalah tersebut berpunca daripada pemasangan penebat Cip Litar Bersepadu (IC) di dalam komponen berkenaan yang kurang sempurna.
Mudah sahaja untuk mengesan masalah tersebut, cahaya daripada lampu amaran beg udara kenderaan yang terjejas malap.
Jika hal tersebut terjadi, dikhuatiri komponen beg udara berkenaan tidak akan berfungsi ketika diperlukan (kemalangan).
Jangan risau. Pengguna kenderaan terjejas akan dimaklumkan untuk membawa kenderaan ke mana-mana cawangan pengedar sah Toyota atau Lexus.
Harus diketahui, proses penukaran komponen tersebut mengambil masa selama 30 minit hingga 4 jam (bergantung kepada model). Kos penukaran komponen ditanggung sepenuhnya UMWT.
Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi talian 1800-88-69682 (Toyota) manakala 1800-88-53987 (Lexus) atau layari laman web rasmi mereka di www.toyota.com.my atau www.lexus.com.my.