UMWT lancar aplikasi Toyota MY

oleh Hamimah Hamid|
UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan pelancaran aplikasi terbaharu, Toyota MY untuk peranti iOS dan Android.

Aplikasi tersebut menyepadukan ciri-ciri aplikasi Toyota Drive dan Toyota 24Seven ke dalam satu platform yang mudah untuk digunakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Presiden UMW Toyota, Datuk K. Ravindran berkata, menerusi aplikasi tersebut pemilik Toyota boleh mengakses maklumat penting berhubung kenderaan mereka dengan mudah.

"Pemilik Toyota juga boleh menetapkan temu janji servis kenderaan dan melihat mata keahlian Loyal-T melalui aplikasi ini.

"Dengan aplikasi Toyota MY pengguna juga boleh untuk meminta bantuan tepi jalan 24Seven, mencari cawangan Toyota berdekatan dan banyak lagi," katanya.

Menurut Ravindran, aplikasi baharu itu juga juga akan berfungsi sebagai hab pusat untuk berita dan promosi terkini Toyota, serta menjadi platform digital utama UMWT untuk memperkenalkan inovasi dan penambahbaikan.

Jelas beliau, dengan pengenalan aplikasi Toyota MY, kedua-dua aplikasi Toyota Drive dan Toyota 24Seven aplikasi akan ditamatkan secara berperingkat.

Pengguna boleh muat turun aplikasi ini di https://apps.apple.com/my/app/toyota-drive/id1182883397 untuk iOS, untuk android di https://play.google.com/store/apps/details?id=umwt.com.toyotadrive.android