UMW Toyota umum dua varian baharu Fortuner (dari RM185,800 hingga RM195,800)

oleh HEZERI SAMSURI|

Bagi memenuhi kehendak pasaran tempatan, UMW Toyota melancarkan dua lagi varian baharu untuk SUV Fortuner mereka, menjadikan empat varian semuanya untuk SUV popular itu.

Sejak dijual di Malaysia, sudah lebih dari 25,000 unit Fortuner terjual sejak generasi pertama dan ia memang antara SUV 7-tempat duduk terlaris di pasaran.

fortuner prices

 

Varian Fortuner 2.4 VRZ 4X4 dan VRZ 4X2 ini sebenarnya lebih kepada varian mewah untuk Fortuner dengan enjin diesel.

Sebelum ini, varian diesel Fortuner mempunyai spesifikasi yang sangat rendah, walaupun dari segi prestasinya, enjin diesel memberi lebih banyak oomph dari enjin petrol yang lemah gemalai itu.

Oleh kerana enjin diesel memang mahal, harga kedua varian VRZ ini lebih mahal dari Fortuner 2.7 SRZ 4X4 petrol.

Antara kelengkapan model VRZ ini ialah:

  • Enjin 2.4-liter turbodiesel dengan Varianle Nozzle Turbocharger (VNT) yang menghasilkan 163 hp dan 400 Nm tork
  • Transmisi 6-kelajuan auto
  • Lampu hadapan Bi-LED kembar dengan DRL jenis LED.
  • Lampu kabus LED
  • Lampu lopak - puddle light - jenis LED
  • Roda aloi 18-inci dengan tayar HT
  • Panel meter Optitron yang cantik
  • Skrin Multi Information Display LCD 4.2 inci di antara meter
  • Kerusi pemandu elektrik dengan 8 cara ubahan
  • Sistem keyless untuk masuk dan butang Start/Stop
  • Pintu boot belakang jenis elektrik
  • Penarafan 5-bintang dalam ujian keselamatan Asean NCAP 

 

Kali ini pastinya ramai peminat SUV diesel dengan ciri-ciri tulen 4X4 akan mempunyai pilihan yang lebih mewah dan lengkap.

Fortuner juga datang dengan warnati 5-tahun tanpa had perbatuan. 

UMW Toyota juga memperkenalkan kit TRD untuk Fortuner ini, menjadikan bentuknya lebih ranggi. 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Oleh itu, UMW Toyota Motor menganjurkan kempen Toyota RM 1 Juta Bonanza dan lebih menarik lagi, ia…
Telah Diuji
  Perodua melancarkan Myvi generasi ketiga mereka bulan lalu dan ramai media telah memuat-naik…
Berita Domestik
JD Power, sebuah syarikat perunding dan penyelidik pasaran telah melakukan satu kajian untuk tahun…