UMW Toyota tanam 100 pokok di Bandar Kinrara, Puchong

oleh DIANA ISMADI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

UMW Toyota Motor kini telah menanam hampir 100 pokok pelbagai spesis di Bandar Kinrara, Puchong. Usaha yang telah dijalankan ini merupakan sebahagian daripada Projek Green Wave dengan kerjasama komuniti setempat dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

 

Selain daripada menghijaukan kawasan tersebut, program ini juga dijalankan bagi mewujudkan kesedaran terhadap pelanggan Toyota, staf dan juga komuniti untuk menjaga persekitaran.

 

Toyota

 

UMW Toyota telah melaksanakan pelbagai projek penanaman pokok dengan penglibatan kakitangannya. Ini termasuklah pemulihan paya bakau dan pemulihan di Sungai Pelek, Banting di mana 1,000 pokok ditanam pada tahun 2013.

 

Majlis tersebut dihadiri oleh ahli parlimen Puchong, YB Gobind Singh Deo, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk 9/5 Bandar Kinrara, Tuan Haji Amin Mohamed, Pengarah UMW Toyota, Mohd Shamsor Mohd Zain, kakitangan UMW Toyota dan penduduk BK9/5.

 

Toyota

 

toyota

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terdapat beberapa buah model khas yang dipamerkan pada acara Beyond Zero, seperti berikut:  …
Telah Diuji
Ia tampil dengan pakej yang serba lengkap - rupa paras yang sporti, tiga pintu (kedekut penumpang…
Pelancaran
Dari segi kuasa, Toyota Vios 2023 dijana dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter (2NR-VE)…