UMW Toyota, Bank Islam tawar skim pembiayaan patuh shariah baharu

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota dengan kerjasama Bank Islam Malaysia berhad menawarkan tambahan dua skim pembiayaan patuh syariah kepada para pelanggan Toyota, dikenali sebagai Pembiayaan-i Kenderaan dan Pembiayaan-i Kenderaan GradHitz.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pembiayaan-i Kenderaan ditawarkan kepada semua pelanggan yang berumur sehingga 60 tahun dengan pendapatan minimum RM2,800 atau lebih.

Pembiayaan-i Kenderaan GradHitz pula merupakan pakej istimewa yang ditawarkan kepada para graduan yang baru mula bekerja, dalam usia tidak lebih 30 tahun, dengan kelayakan minimum diploma dari institusi yang diiktiraf di bawah Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dengan kadar pembiayaan sehingga 100%.

Kedua-dua skim ini berasaskan terma pembiayaan, dengan kontrak pembelian kos ditambah keuntungan, di bawah prinsip Murabahah kepada Pemesan Pembelian (MPO).

Tempoh pembiayaan ialah sembilan tahun, dengan kadar keuntungan tetap dari 2.35% hingga 2.55% setahun. Pelanggan juga layak untuk menikmati Ibra' (rebat) sekiranya bayaran langsai dibuat sebelum tempoh matang pembiayaan.

Pelan Pembiayaan Auto Takaful (AFTP), sebuah perlindungan takaful turut ditawarkan kepada para pelanggan. Pelan berkenaan melindungi jumlah baki pembiayaan sekiranya berlaku kematian atau kurang upaya kekal dalam tempoh pembiayaan.

Sumbangan AFTP dikira berdasarkan jumlah pembiayaan dan umur pemohon.

Dua skim pembiayaan Bank Islam ini sah untuk semua kenderaan dan model baru Toyota yang dijual oleh pengedar sah Toyota di seluruh Malaysia (termasuk di zon bebas cukai Labuan dan Langkawi).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terdapat beberapa buah model khas yang dipamerkan pada acara Beyond Zero, seperti berikut:  …
Telah Diuji
Ia tampil dengan pakej yang serba lengkap - rupa paras yang sporti, tiga pintu (kedekut penumpang…
Pelancaran
Dari segi kuasa, Toyota Vios 2023 dijana dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter (2NR-VE)…