UMW Toyota anjur kempen ganti beg udara penumpang hadapan

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

UMW Toyota semalam mengumumkan kempen penggantian beg udara untuk penumpang hadapan bagi model-model Vios, Corolla Altis dan Alphard yang dijual di Malaysia.

Sama seperti masalah yang dialami oleh Honda, ia berpunca dari bahan peledak yang telah terdedah kepada udara luar dan suhu yang tinggi menyebabkan ia boleh meletup dan bekas logamnya akan bersepai dan mengenai penumpang.

UMW Toyota turut mengaku bahawa ia mampu menyebabkan kecederaan serius atau kematian.

Lebih kurang 21,000 unit kenderaan Toyota yang terbabit dengan kempen ini. Kesemuanya dihasilkan dari bulan Januari 2013 sehingga bulan Disember 2014.

Kempen ini ialah kesinambungan dari kempen-kempen penggantian beg udara oleh UMW Toyota sebelum ini.

UMW Toyota juga sedang dalam proses untuk mendapatkan stok alat yang perlu diganti dan akan memanggil pemilik-pemilik terbabit untuk hadir bagi proses penggantian alat peledak itu.

Proses penggantian akan mengambil masa antara satu hingga tiga jam dan kos akan ditanggung oleh UMW Toyota.

Pemilik boleh melawat laman web UMW Toyota untuk memeriksa samada kenderaan mereka terbabit atau tidak.

toyota.com.my/aftersales-services/special-service-campaigns

Untuk yang sudah mempunyai aplikasi Toyota Drive, mereka boleh terus pergi ke pautan yang ada di dalam aplikasi itu.

Bagi sebarang pertanyaan, hubungi UMW Toyota di 1800-8-TOYOTA (869682)

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota Motor North America, SUV Corolla Cross yang dipanggil semula itu perlu diperiksa…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…
Berita Global
Perkembangan terbaharu ini adalah susulan kepada laporan ujian penyelewengan ujian keselamatan yang…