Ulat parkir ditahan polis

oleh Hamimah Hamid|
TUJUH lelaki yang menjadi ulat parkir haram di sekitar bandar raya Ipoh ditahan polis dalam operasi khas yang diadakan selama dua hari.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kesemua individu yang ditahan merupakan warga tempatan berusia antara 40 hingga 66 tahun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Yahaya, tangkapan terbabit dijalankan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (gangguan dan desakan menyalahi undang-undang).

 

"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dan Balai Polis Pekan Bahru telah menjalankan operasi khas terhadap penjaga tempat parkir haram ini. 

 

"Operasi khas ini bagi membanteras kegiatan penjaga parkir haram di sekitar bandar raya Ipoh, " katanya. 

 

Ujar Yahaya, IPD Ipoh telah menjalankan operasi secara berterusan dan berjaya menghasilkan 42 tangkapan bagi tempoh kajian bermula 1 Januari lalu.

 

"Terima kasih diucapkan kepada orang awam yang menyalurkan maklumat hingga polis berjaya memberkas penjaga parkir haram ini," katanya.