Antara siri-siri popular G-Shock yang akan dipamerkan ialah siri Clear Remix, Remaster Black, Recrystallised, Adventurer's Stone, Flare Red dan jam kolaborasi G-Shock x Eric Haze.
Pengunjung ke pameran itu juga akan berpeluang mengimbau kembali ke sejarah G-Shock, bermula dari jam G-Shock DW-5600 C tahun 1983 yang memulakan era jam digital lasak hingga ke model GA-2100, yang menggabungkan elemen lasak dan inovasi.
Untuk peminat 88rising, mereka berpeluang untuk membeli t-shirt edisi terhad kolaborasi G-SHOCK x 88rising berharga RM139 sehelai.
Di bawah ialah informasi berkaitan pameran tersebut:
Tarikh: 23 - 29 Oktober 2023
Waktu: 10am – 10pm
Lokasi Pavilion Kuala Lumpur, Centre Court
Laman web: https://gshock.casio.com/my/thats-tough/rooted-in-toughness/