Ulangtahun ke 10, MIROS kreatif dalam meningkatkan keselamatan jalanraya

oleh DIANA ISMADI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hari ini, Careta telah menghadiri Majlis Sambutan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang kesepuluh. MIROS yang meraikan sedekad penubuhannya pada 3 Januari 2017 lalu mampu berbangga dengan pencapaian yang telah dicapai. Antaranya;

1. Pematuahn kepada UNECE R66 dan UNECE R80

2. Penambahbaikan Piawaian Rel Adang daripada TL2 kepada TL3- TL6

3. Pengunaan tali pinggan belakang kenderaan

4. Semakan semula Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya di sekolah rendah dan menengah

5. Pemasangan Electronic Stability Control dalam kenderaan

MIROS

Bagi mempertingkatkan keselamatan jalan raya di negara dan rantau ini, MIROS juga telah memulakan, membangun dan melaksanakan skim yang dikaji dengan baik termasuk ASEAN New Carr Assessment Program (NCAP), International Road Assessment Program (iRap) dan Safety Star Grading (SSG) untuk Pengendali Bas.

Dalam majlis yang sama, Menteri Pengangkutan, Datuk Sri Liow Tiong Lai telah menyampaikan Anugerah Sedekad Khidmat Setia, Anugerah Pencapaian Cemerlang dan Anugerah Ketua Pengarah.

Selain itu, Liow turut melancarkan Laporan iRAP 2016 yang berkongsi perjalanan iRAP Malaysia dan mendedahkan keputusan penarafan bintang lebuhraya luar bandar Malaysia.

Sejumlah 2,370km panjang jalan di kedua-dua arah di empat lebuhraya luar bandar, yang merentasi kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia telah diliputi dalam fasa peratama program.

Penilaian keseluruhan mendedahkan bahawa risiko kemalangan di lebih daripada 50% segmen jalan boleh diterima (3 bintang dan ke atas). Sehingga April 2017, beberapa penambahbaikan yang telah dikenal pasti telah dilaksanakan di 65 lokasi di sepanjang rangkaian yang dinilai.

Majlis sambutan 10 Tahun MIROS ini juga telah menyaksiakan upacara menandatangani Perjanjian Persefahaman antara MIROS dan Persatuan Insuran Am Malaysia (PIAM).

Perjanjian ini diambil sebagai satu jalinan kerjasama dalam mengenalpasti usaha-usaha yang boleh diambil dalam meningkatkan keselamatan jalanraya di Malaysia.

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia turut digunakan untuk tempoh tertentu terutamanya semasa waktu puncak atau waktu sesak bagi…
Berita Domestik
Tetapi, motosikal juga merupakan kenderaan yang paling terdedah pada bahaya tidak kira apa faktor…
Berita Domestik
"Zaman sekarang semua orang nak cepat kejar masa dan boleh dikatakan akan (cenderung) bertindak…