Ujian Euro NCAP - Jimny baharu hanya mampu 3-bintang

oleh Penyumbang Rencana 2|
Suzuki Jimny yang baru dilancarkan di dunia nampaknya mengalami sedikit masalah.

Ujian dari badan bebas Euro NCAP menunjukan SUV kompak yang comel itu hanya mampu mendapat 3-bintang dari markah penuh 5 dalam ujian perlanggaran baru-baru ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Menurut laporan Euro NCAP, perlanggaran hadapan offset mendapati kurang perlindungan dari beg udara untuk pemandu, menyebabkan kepalanya terhantuk kepada stereng itu sendiri.

 

 

Kabin penumpang juga mengalami deformasi yang teruk, terutama di kawasan pintu dan kerana itu, ia diberikan penalti kecederaan pada dada pemandu. 

Walaupun bacaan pada patung keselamatan (crash test dummy) menunjukan perlindungan yang baik pada kepala lutut dan tulang kering pemandu dan penumpang hadapan, struktur pada papan pemuka masih memberikan potensi kecederaan untuk penumpang dan pemandu dalam pelbagai saiz lain dan kerana itu, markah perlindungan diberikan sebagai "marginal" atau cukup makan sahaja.

 

 

Ia juga memberikan perlindungan minimum bagi kecederaan whiplash (leher) bila ujian tempat duduk hadapan dan head-restraint (head-rest) dilakukan.

Walaubagaimanapun, sistem brek kecemasan automatik (AEB) memberikan keputusan ujian yang baik untuk ujian bandar.

Suzuki masih lagi tidak ada wakil di Malaysia, bermakna Jimny ini tidak akan dijual di sini untuk waktu sekarang.

Adakah anda mengambil kira soal markah Asean NCAP bila anda membeli kenderaan anda? Sila beri komen anda! 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk melepasi ujian tersebut bukan mudah, namun dalam perkembangan terbaharu Euro NCAP bertegas…
Berita Global
ORA GOOD CAT dengan mudah berjaya mencapai penarafan Hijau 5 bintang dengan meraih purata skor…
Berita Global
Menjadi pendatang baharu dalam saingan EV sedan segmen D dan hatchback segmen C, kedua-dua Seal dan…