Namun ia tidak pernah sekali-kali menghalang saluran Youtube Carwow untuk melakukan perlumbaan drag antara kedua-dua jentera panas dari Jepun.
Atas kertas, apa yang ditawarkan oleh GR Yaris tidaklah sehebat Civic Type R, di mana Civic Type R mampu mengekstrak kuasa 316 hp/400 Nm daripada enjin 2.0 liter turbo.
Manakala GR Yaris pula hanya memiliki enjin tiga silinder sebaris 1.6 liter turbo yang menghasilkan 257 kuasa kuda dan 360 Nm.
Namun, dalam ujian perlumbaan drag yang dijalankan atas kondisi jalan yang basah, lain pula ceritanya!
Carwow berjaya menunjukkan bahawa jentera cilik GR Yaris dengan sistem pacuan semua roda itu menampilkan kehebatannya yang tersendiri apabila berlepas daripada garis permulaan.
Selain daripada itu, kelebihan yang ada pada GR Yaris adalah berat sekitar 1,280 kg sahaja walaupun dengan sistem AWD dan LSD Torsen, jika dibandingkan dengan Civic Type R yang jauh lebih berat (1,436 kg).
Video penuh ujian drag ini boleh ditonton pada pautan di bawah: