Uber jadikan trafik lebih sesak di US

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Satu kajian yang dihasilkan oleh Universiti Northeastern di Boston, US mendakwa kehadiran perkhidmatan e-hailing seperti Uber dan Lyft menyebabkan trafik semakin sesak.

Walaupun Uber dan Lyft berkata perkhidmatan mereka membantu menyambungkan dua destinasi penting seperti Lapangan Terbang Logan dan Stesen Selatan di bandaraya itu, tidak ada data yang spesifik dikeluarkan oleh kedua syarikat tersebut.

Kerana itu, kajian impak syarikat Uber dan Lyft dilakukan oleh penyelidik luar seperti dari universiti tersebut.

Menurut Christo Wilson, seorang profesor di dalam bidang sains komputer dari universiti Northeastern itu, satu kajian telah diadakan dan membabitkan seramai 944 pengguna perkhimatan e-hailing dalam tempoh empat minggu dan dilakukan pada penghujung tahun 2017.

"Seramai enam dari 10 yang ditanya berkata mereka akan menggunakan pengangkutan awam atau berbasikal atau berjalan kaki atau membatalkan perjalanan sekiranya tidak ada Uber atau Lyft,"  terang Wilson.

Kajian itu terus membuktikan pengguna Uber dan Lyft menggunakan perkhidmatan e-hailing sebagai satu mod pengangkutan, bukannya untuk pergi dari terminal bas ke stesen subway.

 

 

Alison Felix, salah seorang pakar yang membantu menghasilkan kajian tersebut berkata Uber dan Lyft bukan membantu pengangkutan awam sedia ada seperti bas dan tren tetapi menjadi satu lagi mod pengangkutan, dan ia menambahkan bilangan kenderaan di atas jalanraya di kawasan bandar.

Dalam tahun 2015, pengasas Uber, Travis Kalanick berkata dalam masa lima tahun lagi, tidak akan ada kesesakan trafik di bandar Boston.

Di bawah ialah kajian-kajian lain yang telah dilakukan:

  • Disember lalu, kajian mendapato jumlah teksi dan kenderaan e-hailing menjadi punca kesesakan trafik di kawasan pusat perniagaan Manhattan. Kajian itu mencadangkan satu rang undang-undang untuk mengawal penambahan kenderaan teksi dan e-hailing yang berliegar-legar menunggu penumpang.
  • Di San Fransisco, satu kajian yang dikeluarkan Jun tahun lalu menunjukan pada hari biasa, pemandu Uber dan Lyft membuat 170,000 trip, lebih kurang 12 kali lebih tinggi dari trip yang dilakukan oleh pemandu teksi. Kesemua trip itu berfokus kepada kawasan paling padat dan paling sesak di kota San Fransisco.
  • Dari satu kajian yang melibatkan seramai 4,000 dewasa di kawasan Boston, Chicago. Los Angeles, New York, San Fransisco Bay Area, Seattle dan Washington DC, didapati 49 hingga 61 peratus dari pengguna Uber dan Lyft akan menggunakan pengangkutan awam, basikal, berjalan kaki atau membatalkan perjalanan jika perkhidmatan e-hailing tidak wujud.
  • Menurut kajian di Boston, ramai memilih Uber dan Lyft kerana ia lebih pantas dari pengangkutan awam dan mereka sanggup membayar lebih untuk itu.

Cuma satu sahaja kajian yang mendapati keadaan trafik di London tetap sama dari tahun 2012 hingga 2015. 

Di London, kesesakan jalanraya adalah diakibatkan kerja-kerja pembaikan jalanraya dan juga peningkatan trak-trak penghantar barang oleh pembeli online.

 

 

Di Malaysia, kawasan lapangan terbang KLIA menyaksikan lebih dari 600 kenderaan berlegar-legar menunggu penumpang untuk ke bandar. 

Tidak ada sesiapa yang boleh menidakkan bahawa menggunakan teksi atau Uber atau Grab lebih mudah kerana kita tidak perlu mengheret beg untuk menaiki keretapi laju yang sentiasa sesak untuk ke pusat bandar.

Kerajaan Malaysia masih lagi tidak menggubal akta-akta secara rasmi untuk menerima perkhidmatan Uber dan Grab itu, walaupun kerajaan terang-terang menyokong kedua perkhidmatan ini kerana ia membantu menjana pendapatan tambahan untuk rakyat.

Sayangnya secara teknikal, kenderaan dan penumpang perkhidmatan tersebut tidak termasuk di bawah perlindungan insurans.

Kerana itu Careta sarankan kerajaan perlu mencari jalan untuk menggubal dan mengubah akta-akta yang lapuk dengan kadar segera kerana jika negara lain di barat boleh melakukannya di dalam masa beberapa bulan, kenapa Malaysia, sebuah negara yang maju, modern, berpendapatan tinggi dan mempunyai bangunan pencakar langit yang tertinggi di rantau ini tidak mampu melakukannya? 

* Laporan dari Popular Mechanics

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Laporan dari Daily Mail, Oliver Kaplan, 22, dimaklumkan kos perjalanan dari Hyde ke Ashton-under…
Berita Global
    Menurut laporan United Press International (UPI), di bawah perjanjian itu, Uber dikehendaki…
Berita Global
Tertuduh, Rafaela Vasquez berusia 46 tahun yang hadir di mahkamah Maricopa County, Ariz pada Selasa…