Uber henti operasi kereta pandu sendiri di Arizona

oleh Mohamad Hanif|
Uber kini menutup operasi ujian kereta pandu sendiri di Arizona berikutan insiden kemalangan melibatkan salah sebuah daripada kereta ujian yang menyebabkan kematian pejalan kaki di sana, bulan lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penghentian operasi itu juga turut melibatkan pemberhentian kerja lebih 300 orang staf syarikat tersebut yang diberikan notis pendek pada Rabu lepas. 

Walaubagaimanapun penutupan bahagian kereta pandu sendiri terbabit tidak akan melibatkan bahagian ride-hailing yang menjadi tunjang utama operasi Uber dan ia masih berjalan seperti biasa. 

Laporan daripada The Arizona Republic menyebut pihak Uber akan menyambung kembali fasa ujian kereta pandu sendiri di Pittsburgh setelah segala penyiasatan berkenaan insiden kemalangan terbabit diselesaikan sepenuhnya. 

Menurut satu kenyataan daripada Uber lagi, "Kami komited terhadap perkembangan teknologi kereta pandu sendiri ini dan berharap agar dapat kembali meneruskan usaha kami pada masa terdekat."

Sumber: The Arizona Republic melalui Jalopnik

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
  Laporan dari Daily Mail, Oliver Kaplan, 22, dimaklumkan kos perjalanan dari Hyde ke Ashton-under…
Berita Global
    Menurut laporan United Press International (UPI), di bawah perjanjian itu, Uber dikehendaki…
Berita Global
Tertuduh, Rafaela Vasquez berusia 46 tahun yang hadir di mahkamah Maricopa County, Ariz pada Selasa…