Tunku Abdul Rahman beli supercar Commodore daripada pasukan Red Bull HRT

oleh Afandi Che Muhamad|
Menggilai supercar mendorong Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim membeli sebuah supercar Commodore yang digunakan pasukan perlumbaan Red Bull-Holden (HRT) kelmarin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan supercars.com, kereta tersebut digunakan Jamie Whincup yang berjaya merangkul gelaran juara empat kali pada siri perlumbaan Virgin Australia Supercar tidak lama sebelum ini.

Pengarah Urusan Bahagian Kejuruteraan bagi Siri Perlumbaan Triple Eight merangkap pemilik pasukan perlumbaan Red Bull-Holden (HRT), Roland Dane berkata, anakanda Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar itu adalah peminat setia acara perlumbaan Triple Eight.

"Kami tidak terkejut apabila dia (Tunku Abdul Rahman) menyatakan hasrat untuk membeli supercar itu kerana sebelum ini, salah seorang saudara kandungnya juga pernah membeli Red Bull HRT VF Commodore.

"Kini, dia juga turut mempunyai salah sebuah kereta perlumbaan sebenar," kata Dane dalam satu kenyataan kepada supercars.com.

Mengulas lanjut, Dane menjelaskan bahawa Tunku Abdul Rahman tidak hanya membeli kereta itu sahaja bahkan turut menggajikan mekanik nombor satu Triple Eight, Scott Wilkinson (lebih dikenali sebagai Shady) bagi membantu menjaga sekali gus menyelenggara semua kereta milik keluarga diraja berkenaan.

Tambah Dane, Wilkinson dijadualkan akan berangkat ke Johor pada minggu hadapan.

Gambar di atas menunjukkan Jamie Whincup (kiri) berdiri bersebelahan Roland Dane (kanan).

Berita Berkenaan

Berita Global
Dicipta untuk merebut tempat teratas sebagai jentera produksi terpantas di dunia, rekaan badan…
Berita Domestik
  Litar antarabangsa Sepang (SIC) mungkin akan menjadi gelanggang perlumbaan terkenal Australia…