Tunggang-uji model terbaharu Kawasaki Ahad ini

oleh |
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. (KMSB) akan menganjurkan jerayawara atau roadshow bagi semua peminat Kawasaki pada 14 Mei 2017 iaitu Ahad ini dari 10 pagi hingga 6 petang di Bulatan Bazarena, Stadium Melawati Shah Alam.

Roadshow "Sentiasa Dekat Dengan Anda" KMSB ini akan mempamerkan model terbaharu 2017 mereka yang terdiri dari Kawasaki Z650 ABS, Ninja 650 ABS, Z900 ABS dan Versys-X 250. Anda turut berpeluang untuk menunggang uji kesemua model ini, yang nyatanya satu peluang yang tidak seharusnya dilepaskan.

Susun atur litar ujian telah direka khas untuk membolehkan peminat Kawasaki merasai kelincahan, pengendalian dan kemampuan model model model serba baharu ini yang akan menawan hati anda dengan gaya dan prestasinya.

Pemilik motosikal Kawasaki juga akan berpeluang untuk melakukan servis pada motosikal mereka di acara itu dengan kos upah percuma. Perkhidmatan ini akan dikendalikan oleh kakitangan terlatih Kawasaki Exclusive Service Center  (KESC) Glenmarie.

17_Roadshow-Poster MAIN

KMSB juga telah merancang pelbagai aktiviti untuk semua orang turut mengambil bahagian. Nestle Malaysia juga akan menawarkan perkhidmatan minuman Nescafe PERCUMA untuk penggemar kopi. Rakan-rakan niaga lain yang akan turut mengambil bahagian ialah Alpinestars Malaysia, SHOEI Malaysia dan Bridgestone Malaysia yang akan memaparkan dan menawarkan pelbagai produk mereka. AEON Credit Services dan Tokio Marine Insurans akan turut berada di sana untuk memberi nasihat dan menawarkan produk mereka kepada bakal pelanggan. Aktiviti roadshow ini merupakan sebahagian daripada program KMSB untuk mendekati kepada pelanggan mereka dan orang ramai. Peminat Kawasaki boleh mendapat maklumat terkini dari KMSB yang telah merancang lebih banyak pameran bergerak seperti ini. Ia merupakan sebahagian daripada komitmen KMSB untuk memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik sesuai dengan slogan "Sentiasa Dekat Dengan Anda" untuk Kawasaki Test Ride Roadshow ini.

Acara: Kawasaki Test Ride Roadshow - "Sentiasa Dekat Dengan Anda"
Tarikh: 14 Mei 2017, 10:00 pagi - 6:00 petang
Tempat: Bulatan Bazarena, Stadium Melawati Shah Alam, Selangor

Layari laman web KMSB dan Facebook untuk maklumat lanjut.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara itu disempurnakan oleh Pengarah Kawasaki Johor Bahru, Qbee Ng bersama Ketua Pegawai Eksekutif…
Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Berita Domestik
Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang…