Tun Mahathir janji kaji semula e-hailing sekiranya bentuk kerajaan baharu

oleh Mohamad Hanif|
Menjelang pilihanraya yang bakal tiba bulan hadapan, sudah tentu banyak manifesto serta janji-janji yang dikeluarkan oleh pihak yang bertanding bagi menarik perhatian pengundi.

Isu seperti harga bahan api, isu tol serta harga kenderaan sering kali menjadi tumpuan yang mana perlaksanaannya lebih banyak yang indah khabar daripada rupa.

Kawasaki Legend Reborn

Menurut laporan daripada Sinar Harian, Calon Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengkaji mekanisme pelaksanaan servis teksi yang adil kepada semua semua pemandu teksi berlesen di seluruh negara bukan sahaja di Langkawi.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, masalah perkhidmatan e-hailing misalnya, Grab ini bukan sahaja melibatkan Langkawi tetapi seluruh Malaysia.
 


“Pada masa yang sama kita perlu juga perbaiki perkhidmatan teksi,  jadi perkara ini sudah pun dibawa oleh persatuan pemandu teksi kepada saya dan rakan-rakan saya."

“Susulan itu kita akan kaji bagaimana kita boleh wujudkan satu servis teksi yang adil kepada semua pihak. Ini akan kita akan lakukan apabila kita ambil alih kuasa,” jelas Mahathir.

Mungkin ini kedengaran memberikan sinar baharu kepada industri pengangkutan awam, apatah lagi penawaran pengangkutan awam di Malaysia masih kurang memberangsangkan di sebalik produk-produk yang selalu digembar-gemburkan di media sosial dan kaca TV.

Bahkan rungutan yang biasa didengari daripada pengguna melibatkan masalah masa yang tidak ditepati dan kawasan yang diliputi oleh pengangkutan awam masih tidak meluas. 
 

 

Aplikasi e-hailing seperti Grab dilihat sebagai alternatif kepada perkhidmatan teksi disebabkan penawaran harga tambang yang murah serta mudah ditempah tidak kira masa. 

Apatah lagi pendaftaran bagi memulakan operasi e-hailing tidaklah serumit proses yang perlu dilakukan oleh pemandu teksi. 

Perlu diingatkan, masih terdapat rakyat Malaysia yang masih bergantung harap pada khidmat e-hailing serta teksi sebagai pemandu akibat faktor kesesakan kos sara hidup dan kehilangan sumber pendapatan tetap. 

Setakat ini tidak diketahui apakah cara pendekatan yang bakal diambil sekiranya mereka benar-benar mahu melaksanakan kajian semula terhadap aplikasi e-hailing di samping memperkasakan kembali perkhidmatan teksi di Malaysia. 
 

Atau mungkin kerajaan yang akan datang boleh menambah baik kedua-dua sistem (e-hailing dan teksi) sedia ada supaya lebih memudahkan urusan yang berkaitan dan mengelakkan proses yang merumitkan keadaan. 

Di samping itu, kerajaan juga perlu mewujudkan satu ruang persaingan yang sihat supaya kedua-dua sistem ini boleh saling lengkap melengkapi antara satu sama lain, di samping memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia.

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Sama dengan operasi gear kenderaan itu - ia mempunyai susun atur gear yang songsang, seperti…
Berita Global
Proton akan menggunakan teknologi Geely untuk menjual produk mereka di China dan juga pasaran Asean…
Berita Domestik
Terbaharu, Yamin Vong, bekas pengarang (editor) untuk Cars Bikes and Trucks dari New Sunday Times…