Tun Dr Mahathir rasmi lampu limpah Litar Antarabangsa Sepang

oleh Mohamad Hanif|
Litar Antarabangsa Sepang merupakan salah satu projek mega ketika pemerintahan Tun Dr Mahathir semasa beliau memegang jawatan Perdana Menteri pada tahun 1999, seterusnya menjadi penggerak kepada industri sukan permotoran negara yang berprestij seperti F1, MotoGP dan beberapa siri perlumbaan yang lain.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Litar sepanjang 5.543 kilometer itu direka oleh pereka daripada Jerman, Hermann Tilke, insan yang turut bertanggungjawab mereka bentuk litar F1 di Shanghai, Valencia, Marina Bay, Yas Marina dan Austin. 

 


Tahun ini, sebagai Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir telah diberikan penghormatan untuk merasmikan penggunaan lampu limpah yang menerangi keseluruhan Litar Antarabangsa Sepang di sini, malam tadi. 

Menurut Tan Sri Azman, ia adalah satu penghormatan untuk Tun (Dr Mahathir) merasmikan penggunaan lampu limpah selepas 19 tahun merasmikan litar Sepang ini buat pertama kalinya dalam sejarah pembangunan sukan permotoran Malaysia."

Tambah beliau, dengan jadual tempahan penggunaan Litar Sepang kini mencapai 98% setahun untuk beberapa tahun kebelakangan ini, inisiatif pemasangan lampu limpah ini dapat memenuhi permintaan yang semakin tinggi terutamanya ketika hujung minggu dan perlumbaan pada waktu malam. 
 


Ujian yang ketat telah dijalankan bermula tahun lepas bagi menetapkan kadar keterangan lampu yang sesuai di antara 70 dan 150 lux, namun ia tidak menepati piawaian yang ditetapkan oleh F1 dan MotoGP yang memerlukan nilai lux yang lebih tinggi untuk tujuan penyiaran rasmi. 

Kini, Litar Sepang dilengkapi dengan 64 tiang lampu limpah dengan kuasa konsisten 150 lux yang mampu menerangi keseluruhan litar dan telah diluluskan oleh International Motorcycling Federation (FIM) dan International Automobile Federation (FIA). 

Dengan pemasangan lampu limpah terbaru ini, tempahan untuk penggunaan litar pada waktu malam telah dibuka bermula 7 Julai 2018 dengan menyasarkan peningkatan tempahan sebanyak 10%. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pegawai Akhbar Nasional SIC Nor Lina Ayob di [email protected]
 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
SIC memandang serius terhadap perkara itu dan komited untuk menegakkan standard kelakuan,…
Informasi
SIC yang sedang melaksanakan kerja-kerja penurapan semula trek, bagaimanapun, mengesahkan tiada…
Berita Domestik
  "Persepsi orang ramai sebelum ini SIC adalah tempat untuk orang elit disebabkan kerana mungkin…