Tun Dr Mahathir pandu sendiri Volkswagen Tiguan mengelilingi Langkawi

oleh Mohamad Hanif|
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan memandu sebuah Volkswagen Tiguan berwarna perang mengelilingi Pulau Langkawi baru-baru ini ditemani oleh isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Kawasaki Legend Reborn

Pasangan suami isteri tersebut tiba di Jalan Mahawangsa, pekan Kuah semalam untuk memeriksa pusat khidmat Ahli Parlimen Langkawi dengan diiringi oleh para pengawal yang duduk di kerusi belakang SUV itu. 

Mereka menghabiskan masa selama 30 minit di dalam bangunan empat tingkat itu sebelum Tun Dr Mahathir memandu semula menghala semula ke lapangan terbang. 

Pusat khidmat terbaru itu dijangka akan dibuka penghujung bulan ini. 

Pada awal bulan lepas, Tun Dr Mahathir juga dilihat memandu isteri dan para pengawal mereka ke mesyuarat di Ombak Villa dan beliau didapati enggan duduk di kerusi belakang seperti kebiasaan para VIP. 

Sumber: The Star

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Sama dengan operasi gear kenderaan itu - ia mempunyai susun atur gear yang songsang, seperti…
Berita Global
Proton akan menggunakan teknologi Geely untuk menjual produk mereka di China dan juga pasaran Asean…
Berita Domestik
Terbaharu, Yamin Vong, bekas pengarang (editor) untuk Cars Bikes and Trucks dari New Sunday Times…