TULAR ANGGOTA JPJ PREMAN - JPJ BERI PENJELASAN

oleh Firdaus Razani|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mengambil maklum mengenai video yang tular berkaitan tiga orang anggota penguat kuasa JPJ tidak memakai uniform atau vest ketika melakukan operasi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jabatan mengesahkan bahawa ketiga-tiganya adalah pegawai penguat kuasa JPJ.

JPJ kini melaksanakan Operasi Khas Hari Raya bermula pada 1 April 2024 dan tamat pada 20 April 2024 bag memastikan keselamatan pengguna jalan raya terutama penumpang bas ekspres.

Sepanjang operasi tersebut, JPJ telah menggunakan pelbagai kaedah seperti berikut;

 

  • Pemeriksaan di sekatan jalan raya,
  • Pemeriksaan pemandu bas di terminal-terminal bas
  • Pemantauan di lokasi-lokasi yang sering berlaku kemalangan termasuk menggunakan teknologi dron,
  • Menyamar sebagai penumpang bas ekspres,
  • Penyamaran dengan menggunakan kenderaan tanpa lambang jabatan -Bertindak atas aduan serta maklumat daripada orang ramai melalui sistem eAduan dalam aplikasi MyJPJ.

 

Menerusi video yang viral tersebut, tiga anggota penguat kuasa JPJ tanpa uniform sedang melakukan pemeriksaan dan menahan sebuah bas penumpang di Lebuhraya PLUS menghala ke arah Utara Nilai menggunakan kaedah penyamaran.

JPJ menjelaskan bahawa pegawai penguat kuasa JPJ dibolehkan untuk tidak memakai uniform atau vest bagi tujuan penyamaran ketika melakukan operasi.

Walau bagaimanapun, pegawai penguat kuasa perlu mengemukakan pengenalan diri (kad kuasa) yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah sekiranya diminta berbuat demikian.

la selaras dengan Seksyen 123 (1) dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Sebagai makluman kedua-dua pihak telah membuat laporan polis dan kes tersebut sedang dalam siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Semua pihak dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara tersebut dan memberikan rang kepada pihak PDRM untuk melakukan siasatan penuh.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Laporan akhbar daripada Sinar Harian mendedahkan bahawa lesen gerenti lulus yang ditawarkan oleh…
Berita Domestik
Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia, seramai 31 individu termasuk 23…