Tukar minyak enjin secara percuma? Ya, dengan Shell Helix!

oleh HEZERI SAMSURI|
Dalam dunia sekarang, bukan mudah untuk mendapatkan sesuatu secara percuma, terutama sekiranya ia adalah produk yang antara terbaik di dalam pasaran.

Bagi kita pemilik enjin, minyak pelincir enjin adalah satu perkara yang memang diketahui pentingnya dan ramai yang hanya mahukan yang terbaik untuk enjin mereka.

Untuk mereka, Shell Helix menawarkan rangkaian perlindungan dan juga ganjaran untuk pengguna minyak pelincir Shell Helix melalui program Shell Advantage Rewards (SHARE).

Program Shell Advantage Rewards (SHARE) ini direka khusus untuk pemilik kenderaan zaman sekarang yang sibuk dengan pekerjaan dan perlukan sesuatu yang terbaik tetapi termudah untuk penjagaan enjin kenderaan mereka.

Malah program SHARE juga memberikan ganjaran untuk kesetiaan anda.

Dengan keadaan trafik yang semakin mencabar, dan juga suhu yang semakin meningkat, cabaran untuk enjin mengekalkan prestasi optimum juga menjadi semakin sukar. 

Kerana itu, program SHARE sangat sesuai untuk mereka kerana ia bukan sahaja membantu menjaga enjin kenderaan mereka, tetapi lebih dari itu.

Di bawah ialah ENAM sebab kenapa anda perlu tahu dan perlu gunakan program Shell Advantage Rewards ini.

 

 

1. Bonus bila sertai Shell Advantage Rewards

Bila anda beli dan menukar minyak pelincir anda kepada produk-produk tertentu Shell Helix, anda boleh mendaftar untuk program Shell Advantage Rewards (SHARE) dan setiap pendaftaran berjaya dengan akan menerima e-voucher dari Lazada bernilai RM15.00. 

 

SHARE

 

2. Produk Shell Helix Ultra percuma untuk tukaran minyak pelincir keempat!

Untuk mereka yang melengkapkan tiga pertukaran minyak berturut-turut dengan Shell Helix, program Shell Advantage Rewards (SHARE) memastikan anda menerima produk Shell Helix Ultra secara percuma pada tukaran keempat minyak pelincir kenderaan anda di mana-mana pusat SHARE yang turut serta dalam program ini.

Menarik bukan?

Bagi mereka yang baharu tentang produk Shell Helix, Shell mempunyai barisan minyak pelincir yang sesuai dengan apa jua jenis dan keadaan enjin anda.

 

 

3. Waranti enjin dari Shell Helix

Kadang-kadang, kita lihat sendiri rakan-rakan membeli kenderaan import terpakai dan mereka perlu membeli insurans tambahan untuk enjin. Dan jika kita beli kenderaan baharu pun, waranti selalunya sehingga 3 atau 5 tahun.

Bagi ahli Shell Advantage Rewards (SHARE) dengan kenderaan di bawah usia 8 tahun dan di bawah perbatuan 150,000 km, anda menerima waranti enjin sehingga 12 tahun atau 200,000 km secara percuma jika anda menggunakan produk-produk Shell Helix Ultra, High Mileage atau HX7 (yang sama spesifikasi dengan yang disarankan oleh pengilang kenderaan anda) ketika menukar minyak pelincir enjin. 

Waranti ini melindungi 15 komponen utama enjin anda. 

 

 

4. Tawaran dan promosi Shell

Ahli Shell Advantage Rewards (SHARE) juga akan menerima berita tentang tawaran dan promosi dari Shell dari masa ke semasa.
Ini menjadikan proses menukar minyak pelincir enjin anda lebih berbaloi kerana kita mungkin dapat gunakan tawaran-tawaran dan promosi yang diberikan.

 

5. Peringatan menukar minyak pelincir
Shell Advantage Rewards (SHARE) juga mempunyai perkhidmatan peringatan agar kita tidak terlepas pandang masa untuk menukar minyak pelincir enjin kenderaan. 
Ini sebenarnya sangat berguna bagi mereka yang mempunyai lebih dari sebuah kenderaan.

 

6. Jaminan produk asli
Di zaman sekarang, barangan tiruan berleluasa, hinggakan tudung Neelofa pun ada yang palsu.
Beli produk Shell Helix, daftarkan belian anda dan anda akan menerima SMS bagi memastikan produk anda itu tulen!
Neelofa pun tak ada buat begini bukan?


Untuk informasi lebih lanjut akan program Shell Advantage Rewards (SHARE) dan juga terma-termanya, lawati laman web, www.shell.com.my/share.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Shell Malaysia melakukan satu rekod baharu apabila menganjurkan promosi jenama itu di tempat duduk…
Berita Domestik
Tujuan utama kempen ‘Drive On’ dari Shell Helix Ultra ini ialah untuk memberikan inspirasi kepada…
Berita Domestik
  Costa Coffee yang merupakan jenama kopi kedua terbesar di dunia kini telah melancarkan servis…