Tujuh kenderaan terbakar di depan sekolah

oleh SALINA JALIL|
Beberapa pelajar sekolah dan orang awam cemas apabila tujuh buah kenderaan termasuk kenderaan pelbagai guna (MPV) yang diletakkan di hadapan Sekolah Tinggi Perempuan Melaka di Durian Daun di Melaka terbakar awal pagi semalam.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi itu, kebakaran dipercayai berpunca daripada sebuah van yang tiba-tiba terbakar sebelum merebak ke enam kenderaan lain termasuk Nissan Grand Livina, Perodua Axia, Proton Exora dan Toyota Vios serta dua buah Perodua Myvi.

 

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Penolong Penguasa Bomba Soon Wee Kiang berkata, dua buah jentera termasuk EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.45 pagi.
 

"Setiba di lokasi kejadian, bomba mendapati tujuh buah kenderaan yang diletakkan di hadapan kawasan sekolah terbakar.

 

"Kebakaran itu mengakibatkan sebuah van musnah 100 peratus," katanya.

 

Wee Kiang berkata, bagaimanapun enam kenderaan lain hanya terbakar 10 peratus dan tidak membabitkan mangsa sebelum kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya jam 8.26 pagi.

 

Katanya, punca kejadian masih disiasat.

 

-terbakar atau dibakar? Sama-sama kita nantikan laporan siasatan polis-

SH
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Mendoakan semoga semua yang terlibat tabah hadapi dugaan ini dan kerajaan menerusi Kementerian…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa lelaki itu memandu dari arah Jalan Duta ke Plaza…
Berita Domestik
“Kejadian mengakibatkan sebuah kereta Toyota Corola, dua Perodua Kancil, dua Proton Wira dan sebuah…