Tujuh Honda City untuk dimenangi sempena Kempen 'Joy of Buying' dari Honda Malaysia

oleh SALINA JALIL|
Sempena menyambut Hari Kemerdekaan dan ulang tahun yang ke-70, Honda Malaysia telah mengumumkan pertandingan kempen terkini mereka, 'Joy of Buying' yang akan bermula dari 1 September sehingga 31 Oktober 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kempen pertandingan ini terbuka kepada kesemua pelanggan yang membuat tempahan kereta Honda dan merangkumi kesemua model bermula dari 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2018 dan telah mendaftar kenderaan mereka di antara 1 September sehingga 31 Oktober 2018.
 

 

Mereka yang ingin mengambil bahagian hanya perlu menjawab soalan ini, bagaimana slogan "The Power of Dreams" ini telah mengubah cara kehidupan anda, tidak lebih dari 50 perkataan.

 

Jawapan boleh diberikan di dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dan penyertaan boleh dibuat di laman webs rasmi Honda Malaysia di https://www.honda.com.my/

 

Pemenang akan dipilih setiap minggu berdasarkan jawapan yang paling kreatif  selama tujuh minggu

 

Hadiah utama adalah sebuah Honda City, yang telah dinobatkan sebagai jualan kereta sedan terbaik dalam kategori bukan nasional.

 

Selain hadiah utama, Honda Malaysia juga mencari 17 pelanggan mereka untuk memenangi Sony Blu-ray Home Cinema Sistem sebagai hadiah di tempat kedua dan seramai 277 pula berpeluang memenangi barangan dagangan rasmi Honda. Sesi pemberian hadiah yang diadakan secara mingguan akan bermula pada minggu ketiga bulan  September 2018.

 

Honda Malaysia juga telah mencatatkan sejarah dengan jualan angka tertinggi pada bulan Julai dengan 12,808 kenderaan yang telah berdaftar.

 

Honda Malaysia juga menyatakan bahawa model HR-V baharu akan dilancarkan dalam masa terdekat ini.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…