Trumpchi akan tukar nama

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Trumpchi ialah sebuah jenama kenderaan dari Guangzhou Automobile Group atau GAC dan menurut laporan Car & Driver, ia tidak akan menggunakan nama Trumpchi untuk produknya yang bakal diperkenalkan di US.

GAC diberitakan akan mula memasarkan kenderaan mereka di US sebelum tahun 2020 dan antara cadangan pertama mereka ialah untuk mempamerkan tiga kenderaan konsep GAC di pameran automotif Detroit pada hujung bulan Januari ini.

GAC dijangka akan mengunjurkan sebuah MPV, sebuah sedan mewah dan sebuah kenderaan elektrik (EV).

 

trumpchi logo

 

Careta rasa GAC harus mengambil iktibar dari Haval yang menukarkan nama mereka dari Great Wall Motors ke Haval kerana nama itu lebih global.

Ini selari dengan syarikat kenderaan nasional kita sendiri yang sudah berhenti menggunakan nama-nama tempatan seperti Wira, Kembara, Kenari, Kelisa dan lebih ke arah nama yang lebih global dan kompetitif.