Trump cadang naikkan cukai bahan api untuk baiki jalanraya teruk

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Presiden pilihan rakyat US yang bijak, Donald Trump sedang memikirkan cadangan untuk menaikan cukai bahan api sebanyak USD 0.25 sebagai satu cara mencari dana untuk menampung kos pakej infrastruktur negara itu.

Sekarang ini cukai bahan api di US ialah sebanyak USD 0.184 segelen (US gallon bersamaan dengan 3.8 liter) dan ia tidak pernah dinaikan sejak 25 tahun lalu.

Para pelobi menyokong kenaikan cukai itu dan ia bakal mengumpulkan dana sebanyak USD 394 billion , jauh dari mencukupi kerana Persatuan Jurutera Am US berkata mereka memerlukan USD 4.6 trillion untuk membaiki prasarana yang ada.

 

 

Sesetengah keadaan bangunan awam dan jalanraya di US berada dalam keadaan yang sangat teruk dan negara yang besar itu memerlukan kos yang sangat tinggi untuk memperbaiki jalan-jalan tersebut.

Namun begitu cadangan meningkatkan cukai bahan api itu ditentang oleh beberapa kumpulan di US kerana mendakwa ia akan meningkatkan harga pelbagai barangan lain.

Seperti kebanyakan negara lain, US mengenakan cukai kepada bahan api. 

Harga bahan api petrol di US berlainan mengikut kawasan tetapi harga purata ialah di antara USD 2.30 (RM8.95) hingga USD 3.00 (RM11.68) segelen.

Jika ditukarkan ke RM per liter, harga petrol di US ialah anda RM2.35 hingga RM3.07 seliter. 

*Gambar utama dari Fortune.com