Trem ART berkuasa hidrogen sudah mendarat di Kuching, jarak gerak 245 km

oleh Mohamad Hanif|
Sistem trem Autonomous Rapid Transit (ART) berkuasa hidrogen yang pertama di dunia dilapor sudah pun mendarat di Kuching, Sarawak.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berdasarkan laporan oleh The Borneo Post.

Sistem ART berkuasa hidrogen itu dibangunkan oleh China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) Zhuzhou Electric Locomotive Research Institute Co. Ltd, di mana ia tidak memerlukan sebarang landasan untuk bergerak.
 

ART


Ujian penilaian operasi akan dijalankan di Kuching Isthmus, sebelum ia dibuat di laluan Kuching-Samarahan.

Menurutnya, sistem ART ini akan memberikan manfaat kepada golongan pelajar di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sistem ART akan menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai Sarawak Pay, serta pas khas untuk digunakan oleh para pelajar.
 

ART


Trem pintar ART itu mampu membawa muatan sehingga 300 orang penumpang pada satu-satu masa, dengan kelajuan maksimum 70 km/j, dan jarak gerak sejauh 245 km untuk setangki hidrogen penuh.

Ia juga mempunyai kelebihan dari segi pengisian bahan api yang lebih cepat, selain menjimatkan tenaga dan lebih mesra alam.

Sumber: The Borneo Post