Trapo lancar produk dashcam, dari RM199, eksklusif di laman beli-belah Lazada

oleh Mohamad Hanif|
Pembekal aksesori automotif terkemuka, TRAPO kini melancarkan barisan produk kamera perakam papan pemuka (dashcam) menerusi kerjasama strategik dengan laman e-dagang Lazada.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdapat dua produk yang boleh dipilih, iaitu iSight T350 dan iSight T550 yang menawarkan teknologi termaju, keselamatan lengkap dan kemudahan untuk pengguna di Malaysia.

Antara ciri yang dimuatkan termasuklah:
• Rakaman video beresolusi tinggi untuk memastikan imej yang jelas tidak kira siang atau malam
• Lensa sudut lebar yang mampu merakam pandangan yang lebih menyeluruh dan meminimumkan titik buta
GPS Tracking membolehkan pengguna mengesan dan mengenalpasti kedudukan kenderaan mereka terutama dalam kes kecurian
• Ketersambungan yang lancar untuk memudahkan pengguna mengakses dan menyimpan rakaman penting
• Rekaan moden dan kompak, sesuai untuk apa jua jenis kenderaan
 

dashcam


Kedua-dua dashcam TRAPO itu boleh didapati secara eksklusif di laman beli belah Lazada bermula 6 Oktober 2023.

Bersempena dengan itu juga, pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 24 peratus untuk TRAPO iSight T350 (RRP: RM219) dan iSight T550 (RRP: RM549), dimana masing-masing dijual pada harga RM199 dan RM469.

50 orang pelanggan pertama akan mendapat kad SD percuma 64GB untuk pembelian iSight T350, atau sehingga 128GB untuk setiap pembelian iSight T550.

TRAPO juga turut menyediakan perkhidmatan pemasangan di semua hab TRAPO yang terletak di Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka, Johor dan Kuching.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Siri TRAPO Mark II menggunakan Bactekiller, teknologi yang dihasilkan oleh Fuji Chemical Industries…
Gaya Hidup
  Ia paling mudah untuk dijual oleh kedai-kedai aksesori kerana satu gulung alas kaki "coil" boleh…
Berita Domestik
Ia menghalang bakteria dari membiak di atas alas kaki Trapo itu dan membunuhnya, memberikan anda…