Sekali imbas, anda sememangnya tidak akan menyangka ia adalah asalnya sebuah kereta murah Hyundai Accent, di mana Dream Customs India telah berjaya menghasilkan rekaan luaran yang 'hampir' menyamai kereta Mustang yang sebenar.
Namun jika dilihat dengan lebih teliti, terdapat beberapa bahagian yang masih lagi memerlukan hasil kerja yang teliti, diikuti dengan rekaan rim yang nampak tidak kena langsung...
Ruang kabin juga turut memperlihatkan beberapa elemen asal Mustang cuba untuk dimuatkan seperti rekaan papan pemuka 'double hoop' namun jika dilihat dengan lebih teliti, konsol tengah, roda stereng, paparan meter masih lagi mengekalkan rekaan daripada Hyundai.
Pihak Dream Customs India juga tidak memperlihatkan apakah unit enjin yang dimuatkan dalam perut 'Mustang' ini, namun besar kemungkinan ia masih lagi mengekalkan unit enjin asal yang memacu roda hadapan.