Trak pikap Hyundai Santa Cruz dikesan sedang diuji di Korea Selatan

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa bulan yang lalu, umum mengetahui bahawa Hyundai telah pun bersedia untuk memasuki pasaran trak pikap dengan kemunculan model Santa Cruz yang bakal dipasang di fasiliti Montgomery, Alabama.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Trak pikap Hyundai Santa Cruz ini disasarkan kepada golongan milenial yang mahukan sebuah ciri-ciri tradisional sebuah kenderaan utiliti namun masih memerlukan versatiliti bed terbuka yang ada pada trak pikap. 

 


Terima kasih kepada laman web Road Test, kelibat trak pikap Hyundai tersebut dikesan sedang diuji di Korea Selatan dalam keadaan yang penuh dengan pelekat samaran. 

Jika dibandingkan dengan model konsep yang membawakan kabin jenis extended, trak pikap Hyundai yang sedang diuji tersebut membawakan konfigurasi double cabin yang dilihat lebih sesuai untuk menangkap golongan sasaran di Amerika Syarikat. 
 


Apatah lagi model trak pikap lain seperti Jeep Gladiator dan Honda Ridgeline juga tidak pernah ditawarkan dalam konfigurasi kabin tunggal atau jenis extended kepada pasaran tersebut. 

Walaupun Hyundai Santa Cruz didatangkan dengan kabin berkembar, rekaan asal masih kekal dengan rekaan konsep yang pernah ditampilkan sebelum ini, seperti tiang C yang melandai ke belakang. 
 


Terdapat beberapa laporan sebelum ini menyebut Santa Cruz bakal dibangunkan berdasarkan Tucson atau Santa Fe, dan ada yang menyebut trak pikap ini bakal menggunakan platform ladder frame dan bukannya casis unibodi. 

Dari segi penawaran kuasa, Hyundai sudah pun memiliki barisan enjin yang lebih berkeupayaan, seperti enjin 2.4 liter yang mampu menjana 185 hp dan 241 Nm serta enjin turbo 2.0 liter yang berupaya menghamburkan 235 hp dan 352 Nm. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun angka itu mendahului pasaran, ia diberitakan masih lebih rendah dari apa yang dijangkakan…
Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda, ia membuktikan bahawa Xpander adalah pilihan…
Berita Global
Menurut syarikat BYD juga, BYD Shark akan dijual secara global. Pada Ogos 2023, BYD mengumumkan…