Trak Optimus Prime sebenar untuk dijual - dari RM88 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Di dalam dunia filem aksi sebenar fiksyen Transformers arahan Michael Bay, watak Optimus Prime digambarkan dengan menggunakan beberapa model trak, dimulakan dengan trak Peterbilt 379 1997, cab-over Marmon 1973, serta semi trak Western Star 5700 Custom 2014.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, di dalam filem prekuel Transformers Bumblebee yang ditayangkan pada tahun 2018, watak robot Optimus Prime mempunyai rekaan yang lebih menyerupai penampilan asal di dalam Generation 1 (G1), serta watak kenderaan yang menggunakan model cab-over Freightliner 1987.

Trak yang muncul sekejap di dalam filem prekuel Bumblebee itu kini sedang mencari pemilik baharu berdasarkan iklan yang dijumpai dalam Facebook Marketplace.

 


Berdasarkan keterangan yang dinyatakan oleh pemilik, trak Freightliner itu dikatakan sudah tersadai hampir setahun, dan sedia untuk dilepaskan dengan harga yang agak berpatutan - $21,600 atau RM87,998 berdasarkan pertukaran matawang semasa.

Dari segi spesifikasi, trak tersebut mempunyai enjin Cummins Big Cam 3 yang mampu menghasilkan 350 kuasa kuda, transmisi sembilan kelajuan, visor daripada RLK, bampar American Eagle serta lengkap dengan trailer kargo di bahagian belakang.

 


Walaupun terdapat beberapa kerosakan dan kecacatan dari segi kosmetik, pemilik mendakwa trak prop filem ini mampu dipandu dan beroperasi dengan baik tanpa masalah.

 

 


Sumber: Facebook Marketplace

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL…
Berita Global
Salah satu yang bakal dipamerkan ialah produk terbaharu Ergoster, tempat duduk semi-bucket yang…
Berita Domestik
Acara MANTAP 2023 itu diadakan pada penghujung tahun 2023 di MAN Pelabuhan Klang dan dihadiri…