Toyota Vios terbaru ini tawar pelbagai kelebihan dalam satu pakej

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Vios terbaru ini tawar pelbagai kelebihan dalam satu pakej
Toyota Vios terbaru ini tawar pelbagai kelebihan dalam satu pakej
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tidak dinafikan persaingan dalam segmen B begitu sengit. Dua model utama yang bersaing rapat dalam segmen ini ialah Toyota Vios dan Honda City. Negara kita sememangnya di kenali sebagai pasaran utama kereta penumpang dan ini membolehkan pengeluar menawarkan produk terbaik mereka dalam menawan hati pembeli.

Persaingan dalam segmen ini juga memberi kelebihan kepada pengguna, jika diamati masing-masing tidak mahu kalah dalam melengkapi kereta dengan spesifikasi terbaik pada harga yang tidak jauh beza di antara satu sama lain.

Kepada pembaca yang sedang berkira-kira untuk memiliki kereta segmen B, Toyota sudah mengemaskini taruhan mereka di mana Vios sudah tampil mengancam dan lengkap dengan ciri-ciri moden.

Berikut ialah di antara ciri-ciri menarik yang terdapat Toyota Vios terbaru.

Luaran

1. Lampu reflektor

 

Toyota Vios terbaru ini tawar pelbagai kelebihan dalam satu pakej

 

Jika diperhatikan lebih dekat, Toyota Vios sebenarnya mempunyai rekaan lampu yang komplikated. Ia bertingkat dan tampak dinamik melalui garis-garis tajam. Lebih istimewa, nyalaan utama varian 1.5G ke atas dari jenis lampu projektor halogen dan khusus untuk model 1.5 TRD Sportivo and 1.5GX ialah kelonsong yang digelapkan untuk imej lebih sporti.

2. Lampu nyalaan siang LED (DRL LED)

Sudah menjadi trend pengeluar sekarang ini melengkapi kereta mereka dengan lampu nyalaan siang LED. Kelengkapan itu bukan suka-suka kerana ia turut membantu kereta lebih senang untuk dilihat. Tambahan pula ia bakal dijadikan alat wajib yang perlu ada untuk semua kereta baharu.

Toyota Vios turut dilengkapi DRL LED dan selain untuk keselamatan turut menaikkan seri kereta ini.

3. Aerokit

 

Toyota Vios terbaru ini tawar pelbagai kelebihan dalam satu pakej

 

Tidak dinafikan Toyota Vios ialah di antara pilihan teratas dalam segmen B.  Memandangkan kereta ini adalah pilihan popular dan untuk menjadikan ia berbeza daripada pembeli lain, Toyota menawarkan varian khas yang dipanggil Vios 1.5G X. Varian ini menawarkan aksesori kit badan seperti berikut:

  • Spoiler depan
  • Spoiler but
  • Skirt sisi
  • Spoiler bamper belakang

Kit badan yang menarik sebenarnya bukan eksklusif untuk Vios 1.5G X sahaja malah turut boleh dibeli secara berasingan untuk varian 1.5E and 1.5J.

4. Aerodinamik

 

Toyota Vios terbaru ini tawar pelbagai kelebihan dalam satu pakej

 

Jika ada yang perasan, terdapat beberapa garis di cermin sisi dan lampu belakang Vios. Garis atau sirip tersebut direka untuk laluan udara yang optimum supaya kereta lebih stabil dan selesa susulan keberkesanan aerodinamik. Bacaan pekali seret atau Cd untuk Vios ialah 0.28.

Dalaman

Bahagian dalaman Toyota Vios direka supaya ia terasa luas diduduki oleh pemandu dan penumpang. Ia tampil dengan tema berwarna perak dan gelap manakala kluster tengah, panel instrumen dan kulit pintu disaduri warna hitam piano.

 

Toyota Vios terbaru ini tawar pelbagai kelebihan dalam satu pakej

 

1. Panel instrumen

  • Konsol tengah - Menarik tentang papan pemuka Toyota Vios ialah pada bahagian tengah dilekapkan panel instrumen audio berbentuk 3D seolah-olah ia terapung keluar.
  • Panel meter dengan Paparan Pelbagai Maklumat (Multi-information Display) - Konsep 3D diteruskan pada tiga paparan meter utama dengan grafik yang direka sporti. Bagi memperoleh pemanduan yang ekonomikal, varian 1.5 J AT ke atas dipasangkan penunjuk ECO yang boleh digunakan pemandu sebagai panduan. Vios varian 1.5G ke atas pula dibekalkan dengan Paparan Pelbagai Maklumat yang memberikan informasi seperti purata penggunaan minyak, jarak yang boleh dipandu dan purata kelajuan.

2. Monitor panoramik 360 darjah

 

Toyota Vios terbaru ini tawar pelbagai kelebihan dalam satu pakej

 

Kelengkapan ini adalah yang pertama dalam kelasnya. Kebiasaannya monitor panoramik 360 darjah hanya dibekalkan kepada SUV dan MPV mewah. Namun untuk lebih keselamatan, Toyota Vios dilengkapi empat buah kamera bagi membolehkan pemandu meninjau keadaan sekeliling sebelum atau selepas keluar dari parkir.

Monitor panoramik 360 darjah ini sangat berguna dan menambahkan lagi ciri keselamatan yang ada pada Vios.

3. Perakam video digital

 

Toyota Vios terbaru ini tawar pelbagai kelebihan dalam satu pakej

 

Ini adalah satu kelengkapan keselamatan yang harus dipuji. Perakam ini dilekapkan pada cermin hadapan dan sangat berguna jika berlaku apa-apa kecemasan. Ia boleh merekod apa-apa yang berlaku di hadapan kenderaan dan boleh digunakan sebagai bukti untuk rujukan masa akan datang.

4. Lampu pencahayaan kaki depan

Lampu yang diletakkan pada bahagian kaki depan ini juga biasanya terdapat pada kereta mewah sahaja. Ia sangat berguna sewaktu pemanduan yang kelam dan mencari objek yang hilang di lantai kaki.

5. Cermin depan dan sisi akustik

Khusus untuk Vios varian 1.5G ke atas, cermin ini mempunyai tiga lapisan dan ia berfungsi dengan menyingkir bunyi angin dan jalan seterusnya menjadikan kabin lebih senyap serta pemanduan yang aman.

6. Sistem kemasukan pintar, butang penghidup dan butang buka but

 

Toyota Vios terbaru ini tawar pelbagai kelebihan dalam satu pakej

 

Toyota Vios dibekalkan dengan set kunci pintar. Pemandu dan penumpang hanya perlu masuk ke dalam kereta tanpa menggunakan kunci. Set kunci yang dibekalkan pula turut dibekalkan dengan suis untuk membuka but belakang tanpa perlu menarik tuil di sisi kerusi lagi. Untuk menghidupkan enjin pula, hanya tekan butang yang diletakkan di papan pemuka.

7. Sistem infotainmen

Varian 1.5 E ke atas dibekalkan dengan sistem infotainmen pelbagai fungsi seperti 2-DIN Head Unit dengan pemain DVD Player, skrin sentuh 6.8 inci, pemain MP3, pengecam suara, slot AUX, USB, sambungan Bluetooth serta kamera undur.

Varian 1.5 J pula dibekalkan dengan 2-DIN Head Unit, pemain CD dan MP3, slot AUX dan USB serta sambungan Bluetooth®

Nadi kuasa

 

Toyota Vios terbaru ini tawar pelbagai kelebihan dalam satu pakej

 

Toyota Vios kini dilengkapi enjin 1.5 liter Dual VVT-i baharu. Enjin generasi baru tersebut mempunyai beberapa kelebihan seperti lebih cekap bahan api dengan emisi karbon CO2 yang lebih rendah. Ia juga mempunyai prestasi kebuk yang lebih lancar dan cemerlang seterusnya memberikan pemanduan lebih sempurna dan menenangkan.

Penyenyap bunyi yang dipasangkan di bawah pelindung enjin pula dapat mengurangkan bunyi kenderaan.

Dipadankan dengan enjin baharu tersebut ialah transmisi CVT tujuh kelajuan dan untuk lagak pemanduan sporti alihkan saja tuil gear ke mod M +/-.

Selain daripada itu, kecekapan bahan api Toyota Vios juga telah terbukti apabila dianugerahkan status kenderaan cekap tenaga (EEV).

Sistem keselamatan

1. Dua beg udara

 

Toyota Vios terbaru ini tawar pelbagai kelebihan dalam satu pakej

 

Kesemua varian Toyota Vios dilengkapi dengan dua beg udara hadapan masing-masing untuk pemandu dan penumpang sisi.

2. Kawalan Penstabilan Kenderaan (VSC) dengan Kawalan Cengkaman (TRC)

 

Toyota Vios terbaru ini tawar pelbagai kelebihan dalam satu pakej

Salah satu kekurangan Toyota Vios sebelum ini ialah datang 'kosong' tanpa sistem kawalan cengkaman. Model terbaru kini sudah dilengkapi VSC dan TRC.

Ia berfungsi untuk mengurangkan pembelokan luar atau dalam melampau (oversteer & understeer) sewaktu mengambil selekoh di atas permukaan licin. Sensor akan mengesan jika kenderaan tersasar dari laluannya dan brek diaplikasikan pada salah satu dari empat tayar secara bebas dan pada masa yang sama mengawal output kuasa enjin.

3. ABS, EBD dan BA

Selain daripada VSC dan TRC, kesemua varian Toyota Vios dibekalkan Sistem Brek Anti Kekunci (ABS), Pembahagian Brek Secara Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA).

ABS berfungsi dengan menghalang roda daripada terkunci, EBD pula memastikan daya brek dibahagikan secara optimum kepada setiap roda manakala BA pula memendekkan jarak henti supaya kereta tidak terlajak ke hadapan.

4. ISOFIX

Bagi menjamin keselamatan penumpang kecil, Toyota Vios turut dilengkapi poin ISOFIX yang boleh dipadankan pada kerusi kanak-kanak di kerusi belakang.

Toyota Vios TRD Sportivo

 

Toyota Vios terbaru ini tawar pelbagai kelebihan dalam satu pakej

 

Kepada mereka yang mahukan sesuatu yang benar-benar eksklusif, Toyota Vios TRD Sportivo ini adalah jawapannya. Aksesori TRD yang dibekalkan lengkap dari luaran hingga ke dalaman kereta. Penampilannya juga tampak lebih agresif ala kereta lumba. Malah beberapa kelengkapan kit badan sama turut digunakan pada kereta lumba Toyota Vios Challenge yang bakal dilangsungkan bermula Ogos ini.

Berikut ialah perincian kelengkapan untuk varian ini:

Aerokit TRD Sportivo 

  • Spoiler depan
  • Spoiler but
  • Skirt sisi
  • Spoiler bamper belakang

Roda aloi TRD Sportivo

Roda aloi ini eksklusif untuk varian Vios TRD Sportivo sahaja. Roda yang dipasangkan bersaiz 15 inci dan lebih menarik didatangkan dengan logo TRD yang ditempa sebagai tanda ia benar-benar eksklusif untuk varian ini.

Kerusi balutan kombinasi kulit TRD Sportivo

 

Toyota Vios terbaru ini tawar pelbagai kelebihan dalam satu pakej

 

Bahagian luar sudah tampil unik, bagaimana pula dengan dalaman?

Bagi mengekalkan imej sporti, bahagian dalaman varian ini dipasangkan kerusi yang dibalut kombinasi kulit dengan kemasan benang merah. Terserlah imej sporti ialah logo TRD Sportivo di bahagian perehat badan.

Stereng balutan kulit dengan sulaman benang merah

Mengekalkan suasana dalaman hitam-merah, stereng balutan kulit untuk varian TRD Sportivo ini mengekalkan tema yang sama - sulaman kemas dengan benang berwarna merah.

Karpet TRD Sportivo & Plet ambang pintu TRD Sportivo

Varian ini disempurnakan oleh dua aksesori iaitu karpet dan plet ambang pintu. Kedua-duanya tampil eksklusif dengan logo TRD Sportivo.

Varian ini disempurnakan oleh dua aksesori iaitu karpet dan plet ambang pintu. Kedua-duanya tampil eksklusif dengan logo TRD Sportivo.

Pelbagai varian termasuk manual dan harga

Kepada mereka yang mahu menyenarai pendek Toyota Vios, terdapat enam pilihan dari varian asas hinggalah paling lengkap dengan pelbagai aksesori. Menariknya, Vios turut ditawarkan dalam versi manual, suatu yang jarang dipraktis oleh pengeluar terutama sekali jenama luar.

Berikut ialah varian dan harga di atas jalan Toyota Vios:

  • VIOS 1.5 TRD SPORTIVO (AT) - RM 96,400.00
  • VIOS 1.5GX (AT) - RM 92,800.00
  • VIOS 1.5G (AT) - RM 89,800.00
  • VIOS 1.5E (AT) - RM 83,900.00
  • VIOS 1.5J (AT) - RM 79,800.00
  • VIOS 1.5J (MT) - RM 76,500.00

Tawaran istimewa

Sempena musim perayaan, UMW Toyota Motor sekarang ini sedang mengadakan kempen pemilikan Vios. Bakal pembeli ditawarkan rebat tunai sehingga RM 3,000. Lebih menarik ada dua lagi tambahan iaitu duit raya berjumlah RM 500 dan aksesori percuma yang bernilai sehingga RM 4,000.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
  2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi…