Toyota Vios Sports Edition - Versi jalanan kereta lumba Vios Challenge, RM85K

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Vios Sports Edition - Versi jalanan kereta lumba Vios Challenge, RM85K
Toyota Vios Sports Edition - Versi jalanan kereta lumba Vios Challenge, RM85K
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

UMW Toyota Motor nampaknya merancang festival Toyota Gazoo Racing dengan rapi sekali. Bermula dengan seleksi pelumba dari kalangan selebriti, jenis kereta, format perlumbaan jalanan sehinggalah ke lokasi berkepadatan tinggi.

Susulan itu nampaknya minat terhadap Vios juga semakin meningkat. Menyedari senario tersebut, UMW Toyota Motor akan memperkenalkan varian khas yang dipanggil Toyota Vios Sports Edition (SE).

Dinspirasikan dari kereta lumba Toyota Gazoo Racing (TGR) Vios Challenge, bahagian luaran kereta ini tampil sama dengan versi perlumbaan dan ia boleh didaftarkan dan digunakan di atas jalan raya. 

 

 

Kelengkapan perlumbaan TGR yang dilengkapi pada Vios SE ini ialah aerokit dengan tambahan spoiler but, roda aluminium warna hitam dan hiasan grafik badan yang menyerlah.

Tidak terhad kepada penampilan, UMW Toyota Motor menanggalkan set suspensi asal dan menggantikannya dengan suspensi sport yang menjadikan Vios ini 27 mm lebih rendah. Penggunaan suspensi itu membolehkan kereta dapat bertindak balas dengan lebih stabil apabila olengan badan berkurangan.

 

 

Bahagian dalaman juga diusik. Kerusi didatangkan dengan balutan khas manakala alas kaki pula diriasi logo Sports Edition. Tombol gear automatik juga ditukar manakala pelapik rangka pintu mempunyai iluminasi. Ruang kaki bahagian hadapan turut diterangkan melalui lampu bercahaya malap. 

Toyota Vios Sports Edition dijual pada harga RM85,300 (tanpa insurans) dengan waranti selama lima tahun tanpa had perjalanan (tertakluk kepada syarat dan terma). Untuk perbandingan, Toyota Vios J Automatik dijual pada harga RM77,400.

Dengan setiap pembelian, pemilik juga diberikan barangan khas Sports Edition iaitu t-shirt polo TGR siap dengan sulaman nama, topi dan gelas.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
  2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi…