Toyota ubah skeptik umum terhadap Camry, Prius dengan sertai One Lap of America

oleh Mohamad Hanif|
Umum mungkin berfikir model-model seperti Camry dan Prius adalah kenderaan yang bosan serta layak dibawa ke pasaraya ataupun kenderaan orang tua pencen yang baharu sahaja mengeluarkan duit KWSP.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bagi mengubah skeptik umum, Toyota dengan kerjasama beberapa pasukan dari West Virginia, Indiana dan Kentucky menyiapkan tiga buah Camry dan sebuah Prius bagi menyertai perlumbaan One Lap of America. 
 

 


Tambah menarik apabila salah sebuah Camry tersebut telah dilengkapkan dengan enjin bentangan V6 yang mampu menghasilkan kuasa sejumlah 300 kuasa kuda. 

Dua lagi merupakan Camry bernadikan enjin petrol biasa dan sebuah lagi enjin petrol hibrid. 

Tiada apa-apa modifikasi yang ketara dilakukan ke atas kesemua Camry melainkan sedikit penalaan kepada sistem brek, sistem gantungan serta penggunaan rim dan tayar aftermarket

Manakala Prius pula hanya sekadar melakukan penukaran tayar yang sesuai untuk perlumbaan. 

 


Apa yang menarik perhatian adalah penggunaan livery klasik ikonik Toyota yang berwarna merah, jingga dan kuning telah dibuat ke atas salah sebuah Camry yang berlumba.

Menurut jurutera Toyota yang berpangkalan di Indiana, James Nichols ketika permulaan perlumbaan tersebut, pasukan mereka telah direndah-rendahkan oleh pemandu yang lain disebabkan pemilihan jentera Camry dan Prius. 

"Keadaan berubah apabila pasukan kami mula memintas kereta lain di atas litar, ini sememangnya memberikan tamparan hebat kepada mereka," tambah beliau. 

Sumber: Autoblog

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
  2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi…