Toyota tawar Kempen Rm 1 Juta Bonanza dan rebat sehingga RM 7 ribu!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Menjelang hujung tahun begini adalah menjadi kebiasaan untuk pengeluar menganjurkan pelbagai kempen dan promosi menarik. Jadi, kereta-kereta yang diidamkan akan menjadi lebih mampu milik susulan pemberian rebat daripada pengeluar.
Rebat yang ditawarkan boleh digunakan untuk mengurangkan bayaran deposit, ansuran bulanan atau tempoh pembiayaan.

Rebat yang ditawarkan boleh digunakan untuk mengurangkan bayaran deposit, ansuran bulanan atau tempoh pembiayaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Oleh itu, UMW Toyota Motor menganjurkan kempen Toyota RM 1 Juta Bonanza dan lebih menarik lagi, ia digabungkan dengan peraduan beli dan menang. Antara hadiah yang bakal menjadi hakmilik pembeli secara percuma adalah Camry Hybrid & telefon pintar.

Bagaimana ia berfungsi?

Kempen ini terbuka kepada individu pemegang MyKad yang berumur 18 tahun dan ke atas serta ekspatriat yang mempunyai pas pekerjaan yang sah.  

Kelayakan penyertaan dalam kempen Toyota RM 1 Juta Bonanza ini diambil kira dengan pembelian kenderaan Toyota (kecuali Hiace) yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2017.

Pelanggan hendaklah memberikan maklumat yang diminta oleh Penasihat Jualan semasa tempahan kenderaan Toyota dibuat. 

Pemenang hadiah akan dipilih melalui kaedah cabutan bertuah dari kesemua invois pembeli yang dikumpul selepas 31 Disember 2017. Cabutan tersebut akan dibuat oleh firma audit yang dipilih oleh penganjur.

Ini bermakna, jika anda membeli kenderaan Toyota (kecuali Hiace) dalam tempoh tiga bulan bermula Oktober hingga Disember, anda layak secara automatik untuk cabutan bertuah ini.

Kenderaan yang dibeli hendaklah didaftarkan secara individu dan pastikan ia mempunyai pendaftaran JPJ sebelum 31 Disember 2017.

Apakah hadiahnya?

 

Toyota 1 Juta Bonanza

 

Hadiah lumayan yang ditawarkan adalah Toyota Camry Hybird dan telefon pintar. Berikut ialah perincian hadiah untuk kempen ini:

1. Hadiah utama - Toyota Camry Hybrid

UMW Toyota Motor menawarkan hadiah utama berupa tiga buah Toyota Camry Hybrid. Ini bermakna, tiga pemenang akan dipilih secara rawak bagi memenangi kereta ini.

2. Hadiah tempat pertama - Telefon pintar

Untuk 100 pemenang lain, UMW Toyota Motor menawarkan 100 unit telefon pintar yang bernilai RM5,000 setiap satu. Jenama telefon pintar ini akan diumumkan kemudian.

Rebat tunai sehingga RM7,000

 

Toyota 1 Juta Bonanza

 

Selain cabutan bertuah, UMW Toyota turut menawarkan rebat tunai untuk kesemua pembeli kenderaan Toyota. Rebat tunai yang ditawarkan bermula dari RM2,000 hingga RM7,000 selagi stok masih ada.

Berikut ialah maklumat tentang rebat ini:

1. Toyota Camry - RM7,000

 

Toyota Camry

 

UMW Toyota menawarkan rebat tunai berjumlah RM7,000 untuk kesemua varian Toyota Camry bermula dari varian 2.0E hinggalah Hybrid 2.5 Luxury.

Harga Toyota Camry bermula dari RM148,600 hingga RM169,900.

 

2. Toyota Corolla Altis - RM5,000 + Aksesori bernilai RM5,790

 

 

Ini rebat terbesar yang ditawarkan jika dikira dengan jumlah aksesori percuma yang ditawarkan iaitu RM5,000 + aksesori bernilai RM5,790. Sama seperti Camry, rebat yang ditawarkan adalah untuk kesemua varian Corolla Altis.

Harga Toyota Corolla Altis bermula dari RM117,400 hingga RM134,900

 

3. Toyota Vios - Sehingga RM3,000

 

 

Sama seperti Corolla Altis, UMW Toyota Motor turut menawarkan rebat tunai dan aksesori percuma untuk Vios. Rebat tunai sehingga RM3,000 manakala nilai aksesori percuma ialah sehingga RM4,100 bergantung kepada varian yang dipilih.

Harga Toyota Vios bermula dari RM74,160 hingga RM93,600. Terdapat tujuh varian Vios yang ditawarkan mengikut bajet dan kegemaran anda.

 

4. Toyota Sienta - RM4,000 atau gabungan servis percuma

 

 

Untuk MPV tujuh tempat duduk, UMW Toyota Motor menawarkan dua pakej yang berbaloi. Pilihan pertama ialah rebat tunai berjumlah RM4,000. Manakala pilihan kedua ialah rebat tunai berjumlah RM3,000 dan digabungkan dengan tiga tahun servis percuma.

Tawaran ini terbuka untuk kedua-dua varian Toyota Sienta. Harga Sienta 1.5G A/T ialah RM90,200, manakala Sienta 1.5V A/T ialah RM97,000.

 

5. Toyota Hilux - RM4,000

 

 

Buat penggemar dan mereka yang inginkan kenderaan serbaguna, UMW Toyota Motor kini menawarkan rebat tunai berjumlah RM4,000 untuk Hilux varian terpilih.

Pikap popular di peringkat global ini mempunyai enam varian kesemuanya. Harga bermula dari RM87,200 hingga RM130,900.

 

6. Toyota Fortuner - RM3,000

 

 

Jika anda mahukan sesuatu yang lebih mewah dan mampu memuatkan lebih ramai penumpang. SUV Fortuner ini adalah jawapannya. Rebat yang ditawarkan berjumlah RM3,000 untuk kesemua varian.

Terdapat empat varian Fortuner dengan harga permulaan RM169,800 hingga RM195,800.

 

7. Toyota Innova - RM3,000

 

 

Bagi kenderaan MPV tujuh tempat duduk Toyota ini, rebat yang ditawarkan berjumlah RM3,000 bergantung kepada varian yang dipilih.

Toyota Innova ditawarkan dalam empat varian dengan harga permulaan dari RM107,800 hingga RM132,800.

 

8. Toyota Avanza - RM2,000

 

 

Ini adalah MPV tujuh tempat duduk yang harganya mampu milik. Rebat tunai yang ditawarkan ialah RM2,000 untuk kesemua varian yang bersesaran 1.3L dan 1.5L.

Harga Toyota Avanva bermula dari RM70,200 hingga RM81,500.

 

Kempen RM 1 Juta Bonanza dan rebat tunai

Maklumat dan syarat mengenai kempen RM 1 Juta Bonanza boleh dirujuk melalui pautan ini dan butiran mengenai rebat untuk barisan kenderaan hebat yang ditawarkan pula boleh didapat di sini.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Terbaru Toyota Motor North America (TMNA) mengumumkan penamaan pejabat Penyelidikan dan…
Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…