Toyota 'tapau' lima anugerah kereta terbaik di Australia

oleh Muhammad Md Tajudin|
Jika ditanya ramai pengguna dan peminat automotif, kebarangkalian tinggi mereka akan bersetuju bahawa produk keluaran Toyota bermutu, bagus dan boleh diharap. Tetapi apakah bukti yang boleh disandarkan?

Pertama, populariti dengan jumah jualan tinggi saban tahun, kedua ialah hasil tinjauan kepuasan pelanggan J.D Power manakala ketiga ialah pengikitiran dari industri seperti anugerah tahunan.

Terbaru Toyota memenangi Anugerah Kereta Tahunan Terbaik Australia (ABC) 2019. Toyota bukan setakat menang tetapi membolot lima daripada anugerah kereta terbaik daripada 13 kategori yang dipertandingkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
2019 Toyota GR Supra GTS Silverstone Yellow

 

Corolla Ascent Sport, Camry Ascent Sport Hybrid, RAV4 GXL Hybrid, Supra GTS dan HiLux SR5 kesemuanya memenangi anugerah terbaik dalam kategori masing-masing yang dianjurkan oleh kelab-kelab permotoran Australia.

Tim Nicholson yang merupakan Jurnalis Kanan Permotoran RACV dan juri Kereta Terbaik Australia memaklumkan Toyota adalah pemenang dalam kategori kenderaan kecil (bawah $35,000), sederhana (bawah $65,000), SUV AWD (bawah $55,000), kereta sport ($65,000-$125,000) dan 4x4 dual-cab ute.

"Anugerah Kereta Terbaik Australia adalah program penilaian kereta baharu bebas dan penganugerahan terbesar di negara ini.

"Ia direka bagi membantu bakal pembeli dalam menentukan kenderaan yang betul berdasarkan keperluan, peruntukan dan gaya hidup mereka," kata Tim Nicholson.

 

2018 Toyota Corolla Ascent Sport Petrol Manual



Para juri memuji kenderaan Toyota yang menang berdasarkan tahap keselamatan tinggi, prestasi yang lancar, berbaloi untuk wang, fungsi yang pelbagai dan nadi kuasa hibrid.

Kaedah pemilihan tidak mudah dan dikatakan mempunyai prosedur ujian paling sukar berbanding anugerah permotoran lain.

Pasukan yang terdiri dari lapan juri menilai hampir 200 kenderaan paling laris di Australia dan kemudian memilih 50 model akhir untuk ujian di litar dan off-road selama seminggu.

 

2017 Toyota Camry Ascent Sport hybrid

 

Anugerah ini turut mengambil kira harga, susut nilai, penggunaan minyak, kelengkapan standard, keselamatan dan praktikaliti serta kos pemilikan dan pembaikan.

Informasi rersebut dikumpul dan dianalisa yang meliputi 21 bidang markah untuk setiap kenderaan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

2019 Toyota RAV4 range