Toyota Tacoma X-Runner Concept, badan rendah, kit badan penuh, gaya pikap jalanan!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Tacoma X-Runner Concept
Toyota Tacoma X-Runner Concept
Gaya ubah suai pikap Thailand memang seronok dilihat namun badan yang rendah dan pelbagai aksesori lain tidak dibuat di negara jiran sahaja.

Sebagai contoh satu ketika dahulu, 2WD street atau sport truck banyak dilihat di Amerika Syarikat.

Konsep yang dibawah ialah badan rendah dan laju dengan fokus pada prestasi di antara satu lampu isyarat ke hentian seterusnya berbanding dipandu ke tapak pembinaan atau laluan off-road.

Ini pula projek di antara kakitangan Toyota Engineering Toyota R&D dan para pereka Studio Reka Bentuk Calty di Ann Arbor, Michigan untuk SEMA 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota Tacoma X-Runner Concept

Projek ini dikenali sebagai X-Runner Concept dan diubah suai daripada Tacoma 2024.

Selain mengingatkan kepada era street truck pada awal 2000, pikap ini juga menunjukkan pelbagai potensi platform TGNA-F.

X-Runner Concept digerakkan enjin i-FORCE 3.4 liter V6 turbo berkembar yang menghamburkan 421 kuasa kuda (hp) dan tork 649Nm.

Rasuk gandar (solid axle) Tundra dengan pacuan akhir 4.30:1 dipasang dan pengunci kebezaan (locking differential) elektronik membahagi daya kilas pada roda belakang.

 

Toyota Tacoma X-Runner Concept

 

Muncung ekzos dipindah dari bampar belakang ke bawah alang sisi.

Seperkara menarik ialah ubah suai enjin akan ditawarkan pada 2024 bermula dengan Tundra baharu dan sebahagian daripada naik taraf TRD Performance Package.

Selari dengan ubah suai casis dan enjin, lebar trek pikap bertambah tiga inci dan rangka turut diperkukuh.

Badan Tacoma garang dengan kit dari depan hingga belakang dan mempunyai fungsi tersendiri sebagai contoh penyejukan brek depan.

Toyota Tacoma X-Runner Concept

Liang pada tukup menyalurkan udara pada ruang enjin. Lampu depan projektor LED Tacoma XB memaparkan perkataan X-Runner.

Tema jalanan sejati dibantu suspensi udara Tundra untuk mendapatkan badan serendah mungkin dan pada masa yang sama membawa muatan.

Lengan atas dan bawah bahagian depan dipanjangkan supaya sepadan dengan geometri suspensi Tundra.

Lengan atas dan bawah belakang juga sama untuk dipasang pada perumah gandar, aci gandar dan galas Tundra dan menyamai lebar dan kekuatan bahagian depan.

Toyota Tacoma X-Runner Concept

Bagi meningkatkan lagi dinamika pemanduan, pegas gegelung lebih tegar digunakan dan dipadan bersama penyerap hentak Bilstein® dengan takungan asing.

Rim asal ditukar kepada set gentian karbon dan aluminium tempa dari Lacks Enterprises® saiz 21 x 9.5 inci dengan tayar Michelin Sport saiz 285/45.

Badan pikap disembur warna Speedway Blue dan sebagai penghormatan kepada X-Runner biru yang pertama kali diperkenalkan pada Pameran Kenderaan Chicago 2004.

Bahagian dalam kekal membawa imej Tacoma dan diserikan dengan riasan X-Runner.

Toyota Tacoma X-Runner Concept

Penulis: Muhammad Md Tajudin