Toyota Supra bakal hadir dengan dua pilihan enjin dari BMW

oleh Muhamad Hanif|
Kereta sports Toyota Supra yang kini sedang dibangunkan dan diuji oleh Toyota dan BMW dikatakan bakal hadir dengan dua pilihan enjin, dan salah satunya merupakan enjin empat silinder dengan induksi pendesak turbo.
Merdeka Bonanza

Menurut katalog transmisi yang tersebar daripada pembuat transmisi ZF sebagaimana yang diterbitkan oleh Road and Track, kedua-dua varian tersebut bakal menggunakan transmisi yang sama iaitu ZF-8HP51HIS, transmisi automatik yang digunakan pada kebanyakan model BMW dengan lapan nisbah kelajuan. 


Data tersebut menunjukkan Supra bakal menggunakan enjin empat silinder daripada BMW dengan kod enjin B48B20 berkuasa turbo yang mampu menghasilkan 262 kuasa kuda, dan enjin BMW B58B30 lima silinder dengan kuasa setinggi 335 hp. 

Berdasarkan temu ramah yang dijalankan oleh Road and Track terhadap Tetsuya Tada, ketua jurutera pembangunan Supra, Supra versi enjin empat silinder dikatakan mempunyai berat yang lebih ringan, ciri pembahagian berat yang lebih baik serta pengendalian yang lebih jitu. 

Malah, beliau turut berseloroh menyarankan para pembeli yang ingin menukar enjin Supra kepada enjin ikonik 2JZ supaya membeli versi enjin empat silinder yang lebih murah kosnya. 
 


Jika dilihat dengan lebih teliti dokumen di atas, terdapat dua kod designasi yang diletakkan di bawah nama Supra, iaitu J29 dan GT86 menimbulkan sedikit tanda tanya, oleh kerana GT86 juga kini dilaporkan bakal menerima pembaharuan dari segi casis dan nadi kuasa. 

 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Informasi
Nama Supra itu sendiri sebenarnya merupakan satu nama yang besar di dalam industri automotif dan…
Berita Global
Menurut ketua jurutera Tetsuya Tada, Toyota dijangka akan memperkenalkan sebuah lagi model yang…
Berita Global
Sebelum ini kami pernah memaparkan usaha Suzuki membaik pulih motosikal Suzuki XR14 milik legenda…