Toyota siar teaser model facelift Vios, pelancaran rasmi 25 Julai ini

oleh Mohamad Hanif|
Pihak Toyota Filipina nampaknya tidak sabar untuk melancarkan model facelift sedan popular, Toyota Vios (atau nama lainnya Yaris Ativ).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beberapa gambar teaser yang muncul mendedahkan perubahan yang bakal dibawakan pada sedan segmen B itu. 

Antara perubahan yang ketara termasuklah rekaan bumper yang diberikan nafas baharu, serta kewujudan liang udara (berkemungkinan besar palsu) di bahagian kiri dan kanan dan diakhiri dengan kehadiran spoiler bawah. 
 


Selain daripada itu, lampu projektor halogen asal turut digantikan dengan peranan lampu reflektor LED dengan ciri lampu nyalaan siang berbentuk L. 

Kami juga menjangkakan terdapat beberapa perubahan didatangkan pada bumper belakang, serta trim dalaman serba baharu. 
 


Namun, dari segi kuasa, Toyota Vios facelift dijangka kekal dengan enjin 1.5 liter 2NR-FE Dual VVT-i yang menghasilkan 107 PS dan 140 Nm yang memacu roda hadapan menerusi transmisi CVT. 

Pelancaran rasmi Toyota Vios facelift dijangka berlangsung Sabtu ini, 25 Julai. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak seperti kebanyakkan jenama lain yang ke arah elektrifikasi atau tenaga baharu, Subaru kini…
Berita Domestik
Dengan pencapaian jumlah jualan April itu, angka jualan tahun 2024 UMW Toyota kini mencatatkan…
Berita Global
Presiden Toyota Koji Sato pada sidang akhbar berkata "Kami menyasarkan untuk meningkatkan usaha…