Toyota rangkul kejuaraan di Le Mans 24H!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah lebih 20 tahun Toyota berusaha untuk memenangi acara kejuaraan endurance terhebat dunia di Le Mans 24 jam, kini mereka boleh menarik nafas lega apabila muncul juara pada kejohanan tersebut semalam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan merangkul tempat pertama dan kedua, Toyota kini merupakan pengeluar dari Jepun kedua yang memenangi acara berprestij tersebut mengulangi kejayaan Mazda pada tahun 1991.


Ini merupakan perlumbaan pertama Fernando Alonso dalam mewakili pasukan Toyota di dalam kejuaraan perlumbaan endurance Le Mans yang turut sama membarisi pelumba lain seperti Sebastien Buemi (Swiss) dan Kazuki Nakajima (Jepun). 

Tempat kedua pula dimenangi oleh kereta bernombor tujuh daripada Toyota yang dipandu oleh Kamui Kobayashi, Briton Mike Conway dan Jose Maria Lopez dengan kekurangan hanya dua pusingan daripada pemenang tempat pertama. 

Kedua-dua kereta tersebut melintasi garisan penamat di dalam formasi satu-dua manakala tempat ketiga pula merupakan kereta bernombor tiga Rebellion R13 yang dipandu oleh pemandu Perancis Thomas Laurent, Mathias Beche (Switzerland) dan Gustavo Menezes (US) dengan ketinggalan 12 pusingan di belakang. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…