Toyota pintas GM sebagai pengeluar terbesar di Amerika Syarikat

oleh Mohamad Hanif|
Buat pertama kalinya dalam tempoh 90 tahun, kedudukan General Motors sebagai pengeluar automotif terbesar di Amerika Syarikat bakal tergugat oleh prestasi yang ditunjukkan oleh pesaingnya dari Jepun.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Ini kerana, setakat tempoh suku ketiga tahun 2021 General Motors sekadar mengedar 1,777,483 unit kenderaan dan dalam tempoh yang sama Toyota Motor Amerika Utara berjaya menjual 1,857,884 unit, atau kelebihan sebanyak 80,401 unit.

Malah menurut analisis daripada Automotive News, tahun 2021 mungkin merupakan tahun dengan kadar penjualan terendah dicatatkan sejak tahun 1950-an untuk General Motors.

Antara sebab utama pencapaian yang begitu rendah adalah krisis kekurangan cip semikonduktor, di mana ia mengekang produksi kenderaan tatkala permintaan terhadap kereta-kereta baru masih lagi tinggi.

Selain daripada itu, sejak daripada bencana Fukushima di Jepun 2011, Toyota mula mengamalkan langkah penyimpanan stok bekalan cip sehingga enam bulan setelah mereka mendapati ia merupakan antara item yang mudah terjejas dalam sesebuah bencana.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sejak diperkenal di Australia pada 2020, sebanyak 2,591 buah GR Yaris terjual termasuk 1,001…
Berita Global
Tidak seperti kebanyakkan jenama lain yang ke arah elektrifikasi atau tenaga baharu, Subaru kini…
Berita Domestik
Dengan pencapaian jumlah jualan April itu, angka jualan tahun 2024 UMW Toyota kini mencatatkan…