Menurut laporan daripada Financial Times, sebanyak 2,700 unit Toyota bZ4X terkesan dengan kempen terbaharu ini, di mana 2,200 unit untuk pasaran Eropah, diikuti pasaran Amerika Utara (280 unit), Jepun (110 unit) dan 60 unit (rantau Asia).
Mujur sebahagian besar SUV elektrik ini masih lagi belum diedarkan kepada pemilik masing-masing.
Menurut Toyota, kesemua SUV elektrik yang dipanggil semula itu berisiko mengalami tayar tercabut disebabkan oleh pemasangan bolt yang tidak ketat.
Pemilik yang sudah menerima unit masing-masing dinasihatkan untuk tidak memandu SUV tersebut sehinggalah isu tersebut diselesaikan.
Sumber: Financial Times