Toyota mungkin akan cabar Ranger Raptor

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pelancaran Ford Ranger Raptor bukan lagi satu rahsia.

Ford memang akan melancarkannya dalam masa terdekat dan ia pasti menjadi satu-satunya trak pikap prestasi yang ada untuk pasaran Australia, Afrika Selatan dan Asia.

Ranger Raptor pula memang sudah ada pencabarnya, iaitu Mercedes-Benz X-Class yang sudah dilancarkan di Eropah dan Amerika Latin dan tahun ini ia akan muncul di Malaysia.

Sesuai dengan gaya "taukey", X-Class sememangnya akan menjadi rebutan kontraktor pembinaan atau sesiapa yang memerlukan kenderaan mewah serba lasak.

Namun begitu, juara jualan trak pikap dunia, Toyota, tidak akan membiarkan semua ini berlaku kepada Hilux mereka.

Toyota Australia berkata ada kemungkinan untuk jenama itu menghasilkan satu varian yang mampu menandingi Ford Ranger Raptor.

Menurut Sean Hanley dari Toyota Australia, prestasi yang ada pada Hilux sekarang tidak mampu dibandingkan dengan Ranger Raptor.

"Jika ia tidak dihasilkan, maka Toyota akan rugi dlam segmen itu," ujarnya kepada Car Advice.

Yang pasti, sticker TRD dan bodykit sahaja memang tidak akan mencukupi.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  “Siasatan awal mendapati kenderaan curi tersebut dijual semula sama ada di dalam negara atau di…
Berita Global
Disebalik trak pikap Hilux yang telah diubah menjadi sebuah jentera bomba 6x6, tersedia sistem…
Gaya Hidup
Syarikat Jepun, Direct Cars baru-baru ini memperlihatkan BR75 SUV Adventure Camper di mana seperti…