Toyota lancar sedan bersaiz penuh Crown generasi ke-15, tiga pilihan enjin ditawarkan

oleh Mohamad Hanif|
Toyota telah melancarkan Toyota Crown serba baharu yang diasaskan daripada Toyota New Global Architecture (TNGA), yang mana ia merupakan kereta pertama daripada Toyota yang mempunyai akses mobiliti terhubung 24 jam 7 hari seminggu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menggunakan modul komunikasi data sebagai ciri standard untuk kesemua varian yang akan dijual, Toyota Crown juga turut menampilkan ciri keterhubungan 24 jam yang memfokuskan kepada keselamatan, keselesaan dan kemudahan berdasarkan data pemanduan masa nyata. 
 


Toyota Crown generasi terbaru ini juga menjanjikan pengendalian yang cemerlang dan prestasi pemanduan yang responsif, terima kasih kepada usaha Toyota membangunkannya di Litar Nurburgring sebagai satu usaha memperbaiki kereta-kereta keluarannya. 

Menurut Akira Akiyama, ketua jurutera pembangunan Crown ini berkata, "Toyota Crown serba baharu ini akan mampu 'menarik' setiap nafas anda di dalam segenap sudut termasuklah rekaan, pemanduan dan teknologi terhubung yang didatangkan."
 


Di Jepun, terdapat tiga pilihan penawaran enjin termasuklah:

  • enjin empat silinder sebaris turbo 2.0 liter + transmisi automatik lapan kelajuan menghasilkan 245 PS dan 350 Nm daya kilas ke roda belakang
  • enjin 2.5 liter Dynamic Force menghasilkan 226 PS dengan pilihan pemanduan roda belakang dan pacuan semua roda. 
  • enjin petrol V6 3.5 liter menghasilkan 300 PS digandingkan dengan motor elektrik 180 PS dengan pacuan roda belakang sahaja
     

 


Toyota Crown turut mempunyai edisi sporty tersendiri yang digelar RS yang menampilkan aksesori seperti stabilizer hadapan, damper, roda aloi 18 inci dan spoiler belakang. 
 


Sistem hiburan Toyota Crown didatangkan dengan dua skrin utama masing-masing bersaiz 8 inci di atas dan skrin kawalan utama bersaiz 7 inci di bahagian bawah. 
 


Toyota turut melengkapkan Crown serba baharu ini dengan sistem keselamatan Toyota Safety Sense sebagai ciri standard untuk kesemua varian yang mana ia turut meliputi ciri seperti amaran pengesan pejalan kaki, sistem amaran pra-pelanggaran, Dynamic Radar Cruise Control, Lane Tracing Assist, dan Road Sign Assist. 
 


Toyota mensasarkan sejumlah 4,500 unit Crown terjual untuk setiap bulan dengan harga permulaan untuk varian terendah enjin 2.0 liter turbo bermula dari 4,606,200 yen (RM169k++)

Sedan bersaiz penuh keluaran Toyota tersebut kini telah memasuki generasi kelima belas sejak pengenalan pertama kereta sedan mewah itu pada tahun 1955. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Apa lagi yang menyerlah? Badan yang jelas tinggi atau dinaikkan dari permukaan jalan sekitar 25…
Berita Global
Atau mungkin anda lebih kenal dengan namanya yang asal seperti yang pernah kami laporkan sebelum…
Berita Global
Baca: Toyota Crown Sedan 2024 Bagi mereka yang duduk di negara Matahari Terbit seharusnya berasa…