Toyota kekal nombor 1 dunia, 5.47 juta kenderaan terjual separuh pertama 2021!

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Motor Corp kini mengekalkan kedudukan sebagai pengeluar automotif nombor satu dunia dengan rekod jualan sebanyak 5.47 juta unit kenderaan untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Ia sekaligus meletakkan pesaingnya Volkswagen AG di tempat kedua dengan 4,978,200 unit untuk tempoh yang sama.

Sebagai perbandingan, pesaing dari negara matahari terbit, Honda Motor Co. pula berjaya mencatatkan jualan sebanyak 2.37 juta unit kenderaan (naik 25.8 peratus), manakala Nissan Motor Co. pula merekodkan peningkatan 21.5 peratus kepada 2.20 juta unit kenderaan untuk tempoh yang sama di peringkat global.

Ini merupakan tahun kedua berturut-turut Toyota menjadi pengeluar utama dunia untuk pencapaian 1H2021 tatkala pasaran global sedang cuba pulih daripada pandemik coronavirus dan krisis kekurangan bekalan cip semikonduktor.

Sepanjang tempoh Januari-Jun, Toyota telah berjaya menjual 5,467,218 unit kenderaan di peringkat global, peningkatan sebanyak 31.3 peratus berbanding tahun lalu.

Jumlah jualan tersebut turut merangkumi kenderaan yang dijual oleh syarikat subsidiarinya iaitu Daihatsu Motor Co dan Hino Motors Ltd.

Peningkatan permintaan yang kuat di pasaran Amerika dan China melonjakkan angka jualan sebanyak 36.5 peratus kepada rekod terbaharu 4.3 juta kenderaan sepanjang tempoh tersebut.

Sementara di Jepun, Toyota turut mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 15.0 peratus kepada 1.17 juta kenderaan yang turut merangkumi kereta kei bersesaran 660 cc.

Sumber: Japan Today

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sejak diperkenal di Australia pada 2020, sebanyak 2,591 buah GR Yaris terjual termasuk 1,001…
Berita Global
Tidak seperti kebanyakkan jenama lain yang ke arah elektrifikasi atau tenaga baharu, Subaru kini…
Berita Domestik
Dengan pencapaian jumlah jualan April itu, angka jualan tahun 2024 UMW Toyota kini mencatatkan…