Berikut ialah fakta menarik jualan Toyota di Australia:
- Pegangan pasaran 22.3 peratus, penguasaan terbaik sejak tahun 2008.
- Model hibrid mencatatkan jualan sebanyak 54,335 unit.
- Syarikat automotif pertama dengan jenama paling laris dan menerajui kategori utama, HiLux (keseluruhan dan kenderaan komersial ringan), Corolla (kereta penumpang) dan RAV4 (SUV).
- Pengedar Toyota berjaya menjual lebih dari 200,000 kenderaan untuk sembilan tahun berturut-turut dan kali ke-16 dalam tempoh 17 tahun lalu.
Berikut pula ialah jualan model Toyota di Australia:
- HiLux merupakan kenderaan terlaris untuk tahun kelima berturut-turut. Jualan 2020 sebanyak 45,176 unit.
- HiLux juga kenderaan komersial paling popular dengan rekod 23 tahun berturut-turut.
- RAV4 merupakan SUV terlaris dengan jualan 38,537 unit. Turut mencatatkan rekod sebagai model hibrid paling popular dengan jualan 26,400 unit atau 70 peratus dari permintaan keseluruhan.
- Corolla adalah kereta penumpang paling laris untuk lapan tahun berturut-turut.
- Camry pula merupakan kereta saiz sederhana paling popular selama 27 tahun.
- Model lain yang menerajui segmen masing-masing ialah LandCruiser Prado, LandCruiser wagon, Coaster, HiAce van dan HiAce bus.
Untuk tahun ini Toyota akan memperkenalkan beberapa model baharu seperti Kluger, model sport berprestasi tinggi GR, Camry facelift dan Mirai.
Penulis: Muhammad Md Tajudin / Kredit foto: Toyota