Toyota Hilux - si gagah perkasa!

oleh SALINA JALIL|

Julung-julung kali kami membuat liputan berkenaan kenderaan yang gagah perkasa serta tahan lasak.  Tetapi apabila keadaan terdesak disebabkan berpindah rumah, bermula lah acara mencari sebuah trak pikap yang serba boleh membawa barang-barang berat seperti pasu bunga emak berjumlah lebih kurang 30 buah pasu yang beratnya 10kilogram setiap satu!

Toyota Hilux 2017, itulah trak pikap yang dicadangkan oleh boss saya. Ruang letak barangnya nampak tidaklah nampak luas sangat tetapi apabila disusun pasu-pasu emak, hei setiap satu perjalanan dapat membawa 10 buah pasu beserta tapaknya sekali, hebat! 

Hilux with vases

Dan yang paling penting, suspensinya begitu kuat sehingga tidak menampakkan langsung dia menanggung berat di belakangnya, apatah lagi bila memandu terlupa terus ada 'bagasi pasu' di belakang!

Selama ini sinonim untuk trak pikap terbahagi kepada dua; gaya hidup atau keperluan.  

Jelas ketara Hilux ini merangkumi kedua-duanya.  Pemanduan lancar tidak terasa seperti memandu sebuah trak pikap, cuma apabila ia tiada penumpang lain dan tiada muatan bagasi di belakang, suspensinya agak keras tetapi tidak sampai melambung-lambung seperti bola.

side views

Dari segi papan pemuka, ia tidak ketinggalan zaman, segalanya dibuat mengikut peredaran zaman dengan paparan 'touch screen' dan untuk menghidupkan enjin pun dengan butang 'push start', jadi jangan pandang sebelah mata sebab ia adalah trak pikap yang canggih dan bukan untuk ke kebun sahaja.

Enjin diesel dengan transmisi enam kelajuan automatik ini membuktikan ia cukup mantap dan membuktikan bahawa tiada trak pikap lain yang lebih berbaloi lebih-lebih lagi harga bermula dari RM87,200 bagi varian single CAB 2.4, transmisi manual.  

Dari segi keselamatan pula, diberikan tujuh beg udara untuk varian 2.8G dan variasi yang lain dengan tiga beg udara, Traction Control System (TRC), Vehicle Stability Control (VSC), Hill Start Assist Control (HAC) dan ABS (Anti-Lock Braking System) beserta Electronic Brake Force Distribution (EBD).

Bahagian dalaman pula, kerangka model ini dilengkapi dengan NVH, Noise Vibration & Harshness (NVH) Insulation, jadi tidak lah bising berdegung di dalam kabin.  Variasi yang telah diberikan kepada kami ini, iaitu 2.8L G dilengkapi dengan tempat duduk jenis kulit, push start button, kamera undur, dan panel multi information display sebesar 4.2-inci dengan illuminated optitron meter.  

Hilux 2017 standstill side view

Dengan pacuan 4X4, segala onak berduri berjaya ditakluki tanpa rasa takut atau gerun. Kenapa ramai yang menobatkan Hilux adalah trak pikap terbaik? 

Jawapannya telah pun diberikan diatas, sememangnya ia Raja bagi kategori trak pikap, kerana daya ketahanannya tiada bandingan dan amat lasak! 

 

Spesifikasi Toyota Hilux adalah seperti berikut (merangkumi varian 2.8G (AT), 2.4G (AT) dan 2.4G STD (AT):

hilux spesifikasi

Ciri-ciri keselamatan:
7 beg udara untuk varian 2.8G dan 3 beg udara untuk varian yang lain.

Anti-lock Braking System (ABS)
Vehicle Stability Control (VSC)
Active Traction Control (A-TRC)
ISOFIX
Harga: bermula dari RM87,200 untuk varian CAB 2.4 transmisi manual dan RM130,000 untuk varian double CAB 2.8G(AT) 4X4

Sekiranya anda berminat dengan Raja Pikap ini, segera lah ke bilik pameran UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. berdekatan atau layari https://toyota.com.my/vehicles/suv-4wd/hilux

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Selebriti terkenal tanah air, Janna Nick mengaku antara kelemahan beliau yang dilihat sewaktu…
Berita Global
  Di Malaysia, Rush ialah varian 7-tempat duduk yang dijual oleh Toyota sementara Perodua menjual…
Berita Global
  Jualan bulanan Toyota meningkat sebanyak 21 peratus sementara Renault menunjukan peningkatan…