Toyota Hilux elektrik diuji di Australia, hantar semula ke Thailand

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Hilux Revo BEV Concept
Toyota Hilux Revo BEV Concept
Pada Mac lalu Toyota mempamerkan Hilux elektrik atau Hilux Revo BEV Concept di Bangkok, Thailand.

Projek itu bukan sekadar tayangan dan Toyota nampaknya serius dalam meneroka pikap kuasa elektrik.

Sebelum ini Careta pernah menerbitkan artikel tentang Hilux yang dikuasakan hidrogen.

Satu yang menarik di mana Toyota Eropah memfokuskan pada Hilux hidrogen dan benua sebelah sini dengan Hilux kuasa bateri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota HiLux Revo BEV Concept 2023

 

Toyota Australia diberi peluang untuk membuat penilaian prototaip pertama Hilux elektrik bateri dan sudah pun selesai mengujinya.

Beberapa pelanggan yang memiliki sejumlah Hilux dan pelanggan lain turut dijemput untuk menguji dan memberi maklum balas mereka.

Toyota tidak memberi maklumat tentang keputusan ujian seperti keupayaan, jarak pemanduan sebenar dan sebagainya.

 

Toyota HiLux Revo BEV Concept 2023

 

Walaupun begitu, Naib Presiden Jualan, Pemasaran dan Operasi Francais, Toyota Australia, Sean Hanley berkongsi ulasan berharga.

"Jurutera penilaian kami dan rakan industri mengesahkan HiLux BEV walaupun sebagai kenderaan konsep memiliki rupa, rasa dan pemanduan seperti model produksi.

"Saya juga berpeluang memandu dan jelas bahawa rangkaian kuasa elektrik memberikan daya kilas menggagumkan seperti yang dijangka dari enjin diesel." kongsinya.

 

Toyota HiLux Revo BEV Concept 2023

 

Beliau juga optimistik tentang prospek HiLux BEV yang ditumpukan pada bandar dan berminat untuk membawa kenderaan seumpamanya ke Australia.

Hilux Revo BEV Concept merupakan kerjasama terbaru di antara Toyota Thailand dan Toyota Australia yang sebelum ini terlibat dalam pembangunan HiLux GR Sport.

Hilux juga begitu masyhur di kedua-dua buah negara dan kenderaan terlaris Australia sejak tujuh lalu dengan jualan lebih daripada 64,000 unit pada 2022.

 

Hilux Revo BEV Concept

 

Jualan di Thailand lebih tinggi dan berjumlah 145,000 unit. Tidak menghairankan kerana Thailand adalah ibu kota dunia bagi ute.

Apa rancangan seterusnya? Unit prototaip Hilux Revo BEV Concept telah pun dihantar semula Thailand.

Toyota Thailand akan memasang sejumlah unit teksi demonstrasi untuk pasaran domestik.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Toyota HiLux BEV Concept Share Taxi