Toyota Hilux 2020 facelift rasmi dilancarkan - lima varian, bermula dari RM92,880

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota Motor Sdn Bhd akhirnya secara rasmi mengumumkan pelancaran model facelift trak pikap Hilux 2020 untuk pasaran Malaysia yang menampilkan reka bentuk yang lebih segar, agresif, serta lebih bercirikan keselamatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdapat lima varian yang ditawarkan, dimana Hilux Rogue 2.8 Double Cab AT merupakan varian yang paling tinggi dengan penawaran enjin tunggal 2.8 liter 1GD-FTV (204 PS/500 Nm).

Enjin diesel turbo ini menerima penambahbaikan teknikal, sekaligus memberikan peningkatan kuasa, daya kilas dan menyumbang kepada penjimatan bahan api sebanyak 4 peratus berbanding model terdahulu.  

 


Manakala varian selebihnya datang dengan nadi 2GD-FTV dengan angka output 150 PS dan daya kilas 400 Nm, serta varian paling rendah Single Cab 2.4 MT 4x4.

Toyota juga mengumumkan perubahan tempoh antara servis yang lebih panjang, daripada 5,000 km/tiga bulan kepada 10,000 km/enam bulan, menyumbang kepada penjimatan kos penyelenggaraan trak pikap ini.

 


Beberapa perubahan visual boleh dilihat seperti penggayaan gril hadapan rekaan baharu, rekaan lampu utama yang lebih tajam, rekaan lampu kabus yang lebih menarik, lampu belakang kombinasi LED, serta rim aloi bersaiz 18 inci.

Sementara varian Rogue pula menerima ciri yang tersendiri seperti pelekat badan 'Rogue' pada bahagian ruang kargo, lampu kabus yang hadir dengan bezel bersegi, serta fender flare pada keempat-empat arca roda.

 


Sementara ruang dalaman Toyota Hilux ini mendapat rekaan meter serba baharu dengan jarum berwarna biru, disertai dengan skrin MID yang mampu memaparkan informasi tambahan seperti penetapan ciri keselamatan, dan tahap penjimatan bahan api.

Sistem infotainmen pula adalah bersaiz lapan inci yang menyokong sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto, USB dan sambungan Bluetooth.

Untuk menjadikan Hilux Rogue lebih menarik, terdapat sistem pencahayaan ambien berwarna biru disertakan pada ruang kaki serta panel pintu, serta ciri pendingin hawa automatik dengan corong tambahan di baris kedua.

 


Mementingkan keselamatan pengguna, Toyota Hilux juga kini turut dilengkapi dengan ciri Toyota Safety Sense (TSS) yang terdiri daripada ciri seperti Amaran Pra-Pelanggaran (PCS), Amaran Keluar Lorong (LDA) dengan Yaw Assist, serta Dynamic Radar Cruise Control (DRCC).

Ciri yang disebutkan di atas melengkapi ciri keselamatan lain seperti:

  • tujuh beg udara SRS, ABS, EBD, BA, VSC dan TRC
  • Pemantauan Pandangan Panoramik (PVM)
  • Sistem Pemantauan Titik Buta (BSM) dengan Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)
  • Trailer Sway Control (TSC)

Terdapat sehingga tujuh warna yang ditawarkan termasuklah Broze Mica Metallic, Crimson Spark Red Metallic, Attitude Black Mica, Phantom Brown Metallic, Medium Silver Metallic, Silver Metallic dan Super White II, sementara varian Single Cab pula didatangkan dalam penawaran warna tunggal Solid White.

 


Harga jualan Toyota Hilux facelift bermula dari RM92,880.00 sehingga RM146,880.00 untuk versi tertinggi Hilux Rogue, manakala pembeli terawal Hilux Rogue akan mendapat harga istimewa RM144,880.00, terhad kepad amodel tahun 2020 sahaja.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Perubahan itu dibuat untuk memberikan lebih keupayaan off-road dan mempertingkatkan prestasi di…