Toyota GT86 TRD Special Edition - hanya untuk pasaran USA sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa bulan yang lalu, Toyota memperkenalkan versi Performance Pack dengan beberapa penambahbaikan pada bahagian teknikal seperti sistem suspensi Sachs dan brek daripada Brembo.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, mereka tampil dengan Toyota GT86 TRD Special Edition yang turut mewarisi penawaran kit suspensi Sachs dan brek Brembo. 
 


Selain itu, rim juga telah diberikan nafas baharu dengan rim aloi 18 inci yang dibalut tayar michelin Pilot Sport 4, serta tambahan kit badan TRD dan tip ekzos dari jenama yang sama. 

Tidak seperti GT86 Performance Pack yang hadir dengan layangan warna biru, GT86 TRD Special Edition tampil dengan warna hitam Raven yang dihiasi dengan pelekat badan. 

 


Pada bahagian dalaman pula, suasana kabin diserikan dengan warna tema hitam dan merah, papan pemuka kemasan suede palsu serta tali pinggang keledar berwarna merah. 

Seperti biasa, tiada sebarang peningkatan kuasa pada enjin 2.0 liter 4U-GSE bentangan boxer yang menghasilkan 200 kuasa kuda dan 205 Nm daya kilas itu. 
 


Toyota GT86 TRD Special Edition ini hanya dihasilkan sebanyak 1,418 unit terhad dengan harga jualan bermula dari $32,420 di Amerika Syarikat sahaja. 
 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Secara kebetulan, francais filem aksi terkenal Fast & Furious baru-baru ini turut sama…
Berita Global
Sebagai meraikan kejayaan tersebut, Toyota UK telah menerbitkan sebuah video ringkas yang penuh…
Berita Global
Pengumuman ini turut menandakan pengakhiran produksi buat Toyota GT86 yang dipasang di kilang…